ALAMI AMBIEN MEWAH DI LEXUS MUTIARA DAMANSARA
Lexus Malaysia memperkenalkan semula bilik pameran utamanya di Mutiara Damansara yang kini diberikan sentuhan baru.
Ini meletakkan Lexus untuk berada satu lagi langkah di hadapan dalam usaha menawarkan nilai yang lebih daripada sekadar sebuah jenama automotif premium.
Pengunjung berkunjung ke sana untuk menikmati pengalaman unik gaya hidup Lexus yang telah diberi nafas baru.
Melalui penggunaan inovasi digital berteknologi tinggi, ia melibatkan pembaharuan yang menyeluruh. Bermula dengan penampilan jenama Lexus, diikuti oleh khidmat lepas jualan, barisan kenderaan terpakai berkualiti tinggi sehinggalah kepada pembelian barangan cenderahati Lexus.
“Dengan memperkenalkan rekaan yang inovatif untuk memberi keterujaan serta merubah suasana dan layanan terhadap pelanggan, Lexus ingin terus kekal menjadi sebuah jenama mewah dengan pandangan yang jauh ke hadapan dan memberi kesan kepada masyarakat di sekelilingnya,” ujar Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia, Akio Takeyama.
Tarikan utama bilik pameran Lexus Mutiara Damansara termasuklah:
- Pusat Lexus yang akan membangkitkan semua deria pelanggan. Bermula dengan penggunaan haruman khusus Lexus, dikenali sebagai Wild Earth yang akan menyambut setiap pengunjung yang masuk ke dalamnya.
- Pengalaman jualan dan servis tanpa wayar yang mudah dan lancar. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat yang tepat, konsisten dan terkini melalui tablet Lexus Touch.
- Kopi yang dihidangkan adalah daripada kualiti terbaik oleh Cafe Richard. Jenama kopi dari Perancis yang sangat sinonim dengan kafe-kafe mewah di kota Paris.
- Pengalaman digital sepenuhnya dengan skrin LCD sekeliling, konsol digital untuk memaparkan maklumat, status servis masa sebenar dan bahan bacaan digital tersedia di segenap sudut bangunannya.
- Sistem audio Mark Levinson di dalam bilik yang ditala akustiknya secara khusus bagi membolehkan pelanggan menikmati sendiri bunyi berkualiti tinggi yang ditawarkan.
- Ruang khas untuk jualan cenderahati dari koleksi gaya hidup Lexus.
- Menampilkan Bilik Zen di mana tetamu boleh menikmati ketenangan untuk berehat, kemudahan kerusi urut bersama alunan muzik lembut sementara menunggu kenderaan mereka diselenggarakan oleh tenaga pakar.
Lexus Mutiara Damansara di Jalan PJU 7/2 dibuka setiap hari. Ia mempamerkan model-model baru serta terpakai Lexus. Untuk maklumat lanjut, layari lexus.com.my.
GALERI