CHERY TIGGO 9 DAN TIGGO 9 C-DM 2025 DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM90K
Chery secara rasmi melancarkan dua model SUV terbaharunya, Chery Tiggo 9 dan Tiggo 9 C-DM 2025 di China.
Tiggo 9 ditawarkan dalam lima varian dengan julat harga antara AS$21,750 – AS$29,000 (RM90,187 – RM120,199), manakala varian hibrid plug-in Tiggo 9 C-DM hadir dengan dua varian pada harga AS$23,600 – AS$25,000 (RM97,817 – RM103,620).
Kedua-dua model ini boleh didapati dalam pilihan konfigurasi 5 atau 7 tempat duduk.
Bagi reka bentuk luaran, Chery Tiggo 9 2025 mengekalkan gaya gril hadapan lebar dengan corak “air terjun” yang lebih padat.
Elemen reka bentuk seperti pemegang pintu tersembunyi, bumbung terapung, rel bumbung, dan pintu belakang elektrik masih dikekalkan.
Rim kini lebih menrik, dan model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna luaran: hitam, perak, kelabu, serta putih dua tona.
Dimensi fizikal Tiggo 9 kekal sama, iaitu 4,820/1,930/1,699mm, dengan jarak roda 2,820mm, sesuai sebagai SUV bersaiz sederhana.
Tiggo 9 dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TGDI suntikan terus Kunpeng yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 257hp dan tork 400Nm, dipadankan dengan transmisi 7DCT atau 8AT.
Kapasiti tangki minyak adalah 65 liter, dengan penggunaan bahan api sekitar 7.5 L – 8.5 L per 100km mengikut standard WLTC.
Bahagian dalaman turut mengekalkan rekaan model terdahulu dengan bahan lembut meliputi sebahagian besar kabin.
Kelengkapan lain termasuklah paparan dual-screen 24.6-inci, terdiri daripada panel instrumen dan skrin kawalan tengah, dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155. Turut disertakan ialah paparan AR-HUD bersaiz 50-inci.
Ciri-ciri standard lain termasuk lampu ambien 256 warna, perehat tangan di bahagian tengah tempat duduk belakang, sokongan larasan untuk tempat duduk belakang, dan teknologi bantuan pemanduan tahap 2 seperti amaran pelanggaran hadapan, amaran lintasan belakang, serta kawalan bantuan mula bukit.
Chery Tiggo 9 C-DM
Tiggo 9 C-DM berkongsi reka bentuk luaran dan dalaman yang sama dengan Tiggo 9 biasa. Dimensi juga sama tetapi ditawarkan dua warna hijau baharu.
Varian hibrid plug-in ini menggunakan sistem hibrid yang menggabungkan enjin ACTECO 1.5TGDI generasi kelima 154hp/220Nm dengan motor elektrik hadapan 221hp/390 Nm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi 3DHT, sementara bateri lithium 19.43kWh membolehkan jarak pemanduan elektrik penuh CLTC sejauh 106 km, dengan jarak pemanduan keseluruhan mencecah lebih 1400 km.
Dengan ciri-ciri inovatif dan teknologi canggih ini, Chery Tiggo 9 dan Tiggo 9 C-DM 2025 bakal menjadi pilihan utama dalam segmen SUV di pasaran global.
- BACA: HONDA CITY SPECIAL EDITION TERSEDIA 99 UNIT; JANA 119HP, HARGA BERMULA RM95K
- BACA: BFGOODRICH MALAYSIA LANCAR TAYAR BAHARU ALL-TERRAIN T/A KO3 DI MALAYSIA, HARGA BERMULA RM825
- BACA: MERCEDES-BENZ VANS BAWA BENGKEL KEPADA PELANGGAN, LENGKAP DENGAN JEK 5.5 TAN!
- BACA: KERETA MODEN SEMUANYA ‘SAMPAH’ – JEREMY CLARKSON