Buletin

HONDA CIVIC FACELIFT DIPERKENAL DI AMERIKA SYARIKAT

Satu ‘penyakit’ tentang kenderaan jenama Honda ialah rekabentuknya yang sentiasa segar. Sebagai contoh Honda Jazz dan City sebenarnya sudah berada di pasaran sejak 2014 lagi. Kemudian tampil dengan perubahan minor tetapi hakikatnya model ini sudah berusia empat tahun.

Berdasarkan kitaran normal produk Jepun, Jazz dan City sepatutnya digantikan dengan model baharu sepenuhnya pada tahun depan. Model lain pun sama sahaja, cuba periksa tarikh Accord, HR-V dilancarkan. Reka bentuk model ini masih kekal relevan.

Satu lagi model popular ialah Honda Civic. Model generasi kesepuluh mula diperkenalkan kepada umum pada September 2015 dan mula dipasarkan di serata dunia bermula 2016.

Mengikut kitaran produk, Civic kegemaran ramai ini sudah sampai masanya untuk diberi wajah baharu (facelift).

Soalnya bila? Jawapannya ialah sekarang dan imej awal model wajah baharu sudah pun didedahkan pada 13 Ogos lalu.

Honda Amerika Syarikat telah mendedahkan Honda Civic Sedan dan menariknya sekali dengan Civic Coupe.

Di antara perkara baharu ialah penggayaan (styling), varian Sport baharu dan teknologi Honda Sensing®  untuk kesemua varian.

Berikut ialah ciri-ciri pada Honda Civic 2019:

  • Bamper depan dan belakang gayaan baharu – tiada lagi bamper depan ala kereta F1
  • Bahagian depan kini nampak lebih lebar dan rendah dengan sayap Honda berwarna hitam piano
  • Sisip bamper bewarna krom
  • Bahagian bawah bamper tampil dengan rekaan berbentuk splitter
  • Rekaan rim kipas baharu dan saiz 18 inci untuk varian Touring
  • Varian Sport diposisikan di antara varian LX dan EX
  • Kesemua varian dilengkapi teknologi Honda Sensing® (Lane Departure Warning (LDW), Lane Keeping Assist System (LKAS) dan Adaptive Cruise Control (ACC).

Honda Civic adalah model yang versatil. Terdapat pelbagai jenis badan yang ditawarkan daripada empat pintu sedan, empat pintu hatchback dan dua pintu Coupe.

Bukan setakat kereta pemanduan harian, Civic juga mempunyai kereta yang boleh dipandu dilitar iaitu Type R dan begitu terkenal kerana mencatat masa terpantas di Nurburgring untuk kategori pacuan roda depan.

Civic generasi kesepuluh adalah yang terbaik Honda pernah keluarkan dan tidak hairanlah kereta ini begitu popular.

Buktinya ialah Honda Civic generasi kesepuluh bakal mencatat jualan melebihi sejuta unit pada tahun ini!

BACA: INI KISAH JOE DAN PROJEK HONDA CRX

BACA: HONDA SUPER CUB C125 KINI DI INDO – RM15.5K!

Google ads
Back to top button