
HONDA CRF-E2 – DIRT BIKE ELEKTRIK MESRA KANAK-KANAK
Honda bekerjasama dengan Greenger Motors untuk menghasilkan dirt bike berkuasa elektrik CRF-E2 yang dikhususkan untuk golongan muda yang mahu berjinak-jinak dengan dirt bike.
Motosikal berkuasa elektrik ini dijana dengan motor elektrik berkuasa 1.6 hp atau kuasa maksimum 3.4 hp dengan daya kilas 24.9 Nm, dipadankan dengan bateri 960 Wh yang boleh digunakan selama dua jam.
Menariknya, bateri tersebut boleh dicas selama 2.5 jam menggunakan sistem pengecasan pantas, atau menukarkannya dengan unit bateri yang telah dicas penuh sebelum ini.

Honda CRF-E2 ini menggunakan kerangka aluminium twin-spar, dibantu dengan penyerap hentak boleh laras pra-muatan yang menawarkan jarak pergerakan suspensi 99 mm di depan dan 211 mm di belakang.
Ketinggian pelana boleh dilaraskan kepada 630 mm sehingga 647.7 mm bergantung kepada ketinggian penunggang.
Rim lidi bersaiz 12 inci itu didatangkan dengan balutan tayar Kenda Millville K771.
Harga jualan Honda CRF-E2 bermula dari $2,950 (RM12,353).






