Buletin

HONDA HR-V MUGEN EDISI TERHAD – 1,020 UNIT SAHAJA, RM118,800

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan HR-V yang dilengkapi dengan bodykit Mugen Civic Concept Mugen 2.0 edisi terhad pada tahun 2006. Selain model Concept M City dan Jazz yang diketengahkan pada tahun 2010.   

HR-V Mugen hadir dengan bodykit yang terdiri daripada sembilan komponen. Antaranya ialah spoiler bawah, spoiler belakang, skirting sisi, spoiler belakang, pelekat sporty, emblem Mugen pada kotak geram, emblem Mugen, gril hadapan dan karpet lantai.

Jentera yang dihasilkan dengan varian V ini terhad kepada 1,020 unit sahaja. Harga yang ditawarkan pada harga RM118,88 seunit (tidak termasuk insurans).   

Menurut Honda Malaysia, HR-V Mugen adalah hasil maklum balas pelanggan yang mahukan HR-V lebih sporty.

Sejak dilancarkan pada Februari 2015, HR-V menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan. Sehingga Januari 2018, lebih 65,000 unit HR-V telah didaftarkan.  

Pada tahun 2017, HR-V menjadi model kedua paling laris dengan menyumbang 17 peratus kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia dan menerajui segmen SUV kompak.

HR-V dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC SOHC dengan teknologi Earth Dreams Honda. Penjimatan bahan api dipertingatkan dengan penggunaan kotak gear CVT.  

GALERI

Google ads
Back to top button