Buletin

ASTON MARTIN DBX – SEMUA PUN BUAT SUV DAH SEKARANG

Mulai tahun depan apabila melalui bilik pameran Aston Martin, orang ramai bukan sahaja dapat melihat barisan kereta mewah sporti empat dan dua pintu tetapi juga kenderaan paling popular masa kini iaitu SUV.

Selepas Maserati, Lamborghini mengeluarkan SUV kini tiba masanya Aston Martin tampil dengan SUV yang dikenali sebagai DBX.

Sebelum ini kami jangkakan Aston Martin akan menamakan SUV pertamanya sebagai Verakai yang merupakan konvensyen kepada Vantage, Vanquish dan Valkyrie.

Prototaip DBX telah pun siap dan menariknya bakal diuji di lokasi perlumbaan Welsh Rally oleh Ketua Jurutera, Matt Becker.

Ujian ini adalah fasa pertama jalanan sebelum dihantar ke lokasi mencabar seperti kawasan sejuk beku Arctic, panas membahang di Timur Tengah, laluan pergunungan Alpine, jalan raya dengan kelajuan tinggi Autobahn dan litar Nürburgring Nordschleife.

Ini juga adalah cabaran baharu buat Aston Martin memandangkan DBX adalah SUV pertama syarikat dan perlu memenuhi makna sebuah kenderaan dengan pelbagai fungsi.

DBX dijadualkan untuk dipamerkan buat kali pertama pada suku terakhir 2019 dan ia akan dikeluarkan di kilang Aston Martin Lagonda yang terletak di St Athan dan merupakan pusat pemasangan kenderaan elektrik syarikat.

Berdasarkan laporan kami sebelum ini, Aston Martin DBX bakal menggunakan enjin AMG V8 4.0 liter. Laporan di laman automotif lain pula belum mengesahkan jenis enjin tetapi tidak kisah lah yang mana. Atau mungkin juga dikuasakan oleh enjin mesra alam?

Apa yang pasti ialah SUV kenderaan masa depan apabila Ferrari dan Lotus pun berura-ura mahu mengeluarkannya.

Adakah jenama lain mahu turut serta dalam segmen ini? Bugatti? Koenigsegg?

BACA: PUTIN UJI AURUS SENAT SEDAN DI LITAR F1 SOCHI – PRESIDEN MESIR PUN TUMPANG SEKAKI

BACA: HUANSU C60, LAMBORGHINI URUS TIRUAN DARI CHINA YANG TAKLAH TERUK SANGAT

Google ads
Back to top button