Buletin

HONDA LANCAR SUV AVANCIER DI CHINA

Segmen SUV mewah di China nampaknya semakin meriah apabila Honda Motor (China) Investment Co., Ltd. melancarkan Honda Avancier pada Beijing Motor Show 2016 hari ini.

Honda-Avencier-Beijing motor-show 2016-mekanika (1)

Avancier dibangunkan sebagai model SUV paling premium Honda di pasaran China. Pertama kali diperkenalkan, Avancier dilengkapi enjin turbo bersesaran 2.0 liter yang dipadankan dengan kotak gear automatk sembilan kelajuan.

Jentera tersebut turut dipasang dengan gabungan teknologi bantuan pemandu dan keselamatan yang dikenali sebagai Honda SENSING.

Honda-Avencier-Beijing motor-show 2016-mekanika (4)

SUV itu akan dijual oleh pihak Guangqi Honda Automobile Sales Co., Ltd., menjelang akhir tahun ini. Ia diposisikan di atas CR-V dan bersaing secara langsung dengan model-model seperti Nissan Murano serta Ford Edge.

“Kami sangat gembira kerana jualan kenderaanHonda di China telah mencecah jualan 1 juta unit pada tahun 2015. Honda juga akan memulakan pengeluaran model hibrid dan enjin turbo untuk merancakkan lagi perniagaannya di China,” kata  Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Wakil Pengarah Honda Motor Co., Ltd., Takahiro Hachigo.

Google ads
Back to top button