Buletin

MAZDA DEBUT CX-4 DI BEIJING MOTOR SHOW 2016!

Mazda Motor Corporation hari ini memperkenalkan SUV crossover terbaharunya, CX-4 pada acara Beijing Motor Show 2016.

Mazda-CX-4-Beijing-Motor-Show-mekanika (2)

Ia merupakan anggota terkini dalam keluarga model yang dilengkapi tenologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO—Soul of Motion.

Bermula sebagai model konsep Koeru dan pernah dipertontonkan kepada umum pada acara Frankfurt Motor Show dan Tokyo Motor Show 2015, CX-4 ditawarkan dalam dua varian enjin berbeza.

Mazda-CX-4-Beijing-Motor-Show-mekanika (3)

Enjin SKYACTIV-G 2.0 bersesaran 2.0 liter itu mampu menghasilkan kuasa 158 hp and 202 Nm. Dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik enam kelajuan, kuasa tersebut dihantar ke roda hadapan.

Varian lebih berkuasa menggunakan enjin SKYACTIV bersesaran 2.5 liter bersama padanan transmisi automatik enam kelajuan. Jentera ini menggunakan sistem pacuan semua roda i-ACTIV AWD yang menawarkan prestasi terbaik.

Mazda-CX-4-Beijing-Motor-Show-mekanika (5)

Antara ciri lain yang turut disertakan ialah sistem janaan semula kuasa i-Eloop dan sistem melahu i-Stop (untuk varian 2.5 sahaja). Dari segi rim pula, model 2.0L menerima rim bersaiz 17 inci. Manakala varian 2.5L tampil lebih sporty dengan rim 19 inci.

Mazda-CX-4-Beijing-Motor-Show-mekanika (1)

“CX-4 ialah model generasi baru Mazda yang keempat ditawarkan di China. Permintaan terhadap SUV di sini sangat memberangsangkan.

“Kami menjangkakan CX-4 memainkan peranan penting dalam mengembangkan jenama Mazda di sini,” kata Pegawai Eksekutif Kanan yang memantau operasi Mazda di China, Nobuhide Inamoto.

Google ads
Back to top button