Artikel Pilihan

HONDA & NISSAN AKAN KERJASAMA HASILKAN EV. HON-SAN? NISS-DA?

Beberapa hari selepas BYD Dolphin, BYD Atto 3 dan Hyundai Kona dinobatkan sebagai kereta elektrik di Jepun, pengeluar kenderaan Jepun mulai gelisah dan panas punggung apabila pasaran kereta elektrik di negera mereka dikuasai oleh pengeluar luar seperti China dan juga Korea

Keadaan ini menyebabkan Nissan dan Honda bercadang untuk bergabung tenaga dan bekerjasama dalam membangunkan kereta elektrik mampu milik. Akhbar Jepun iaitu NIkkei melaporkan kerjasama ini melibatkan pembangunan bateru dan juga platform kereta elektrik baru.

Kerjasama Honda dan Nissan ini dimetrai pada 15 Mac 2024 yang menyaksikan Nissan dan Honda menandatangani MoU. Antara perkara yang akan dibangunkan termasuklah perisian untuk kereta elektrik, komponen dan juga teknologi yang berkaitan.

CEO Nissan iaitu Makoto Uchida mengakui adalah lebih baik bersedia lebih awal untuk perubahan dalam teknologi bagi masa depan yang lebih baik. Honda adalah pilihan rakan teknikal yang baik memandangkan kedua-dua syarikat berhadapan dengan cabaran yang sama

CEO Honda iaitu Toshihiro Mibe pula berkata gabungan Honda-Nissan akan menyaksikan kedua dua syarikat berupaya menjadi peneraju kereta elektrik dengan nilai tambah yang lebih baik terutama dalam pembangunan dan pembelian komponen kereta elektrik

Menurut sumber tidak rasmi, gabungan Nissan-Honda ini mensasarkan untuk menghasilkan kereta elektrik mampu milik bagi mendepani cabaran daripada China terutama BYD yang kini berkembang pesat bukan sahaja di China tetapi di seluruh dunia.

Buat masa ini BYD Seagull iaitu model paling murah di China dijual pada harga RM 45,624 sahaja berbanding dengan Tesla yang lebih mahal. Malah kebangkitan BYD sebagai kuasa baru kereta elektrik telah membuatkan Tesla pening untuk bersaing dengan mereka. Malah BYD juga tidak bercadang untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat dalam membangunkan teknologi kereta elektrik

Dalam satu laporan Nikkei yang berasingan, Honda dan Nissan juga berhadapan dengan jualan yang semakin merudum di pasaran China yang menyumbang antara 10-20% keuntungan tahunan mereka. Ini disebabkan jualan mereka dirampas oleh BYD dan Tesla menjadi tekanan kepada Nissan-Honda

Selepas melancarkan jualan pada awal 2023, jualan BYD merangkumi sehingga 20% jualan kereta elektrik di Jepun. Malah China juga mengalahkan Jepun dalam angka eksport kereta elektrik ke pasaran dunia menerusi penjualan kereta elektrik buat pertama kali dalam sejarah.

Walaupun Nissan yang memulakan teknologi kereta elektrik menerusi model Leaf, namun mereka mengambil masa sehingga 10 tahun untuk memperkenalkan model Ariya. Perlumbaan EV juga menyaksikan Nissan bergegas membangunkan pengganti Leaf

Google ads
Back to top button