Artikel Pilihan

BELI BUGATTI CHIRON DAPAT ROLLS-ROYCE WRAITH SECARA PERCUMA – MACAM BELI KAT KEDAI EKONOMI PULAK

Konsep beli satu percuma satu ni memang strategi pemasaran yang agak klasik dan menarik minat ramai pelanggan. Ia biasanya digunakan untuk barangan bernilai rendah ataupun menghampiri tarikh luput.

Jarang kita dengan konsep sebegini dalam urusan jual beli kereta tapi kali ini ia memang berlaku. Syarikat menjual kereta di Florida menawarkan sebuah Rolls-Royce Wraith secara percuma kepada mana-mana pelanggan yang membeli Bugatti Chiron dalam simpanan mereka. Pergh.

Tawaran ini diklankan oleh Naples Motorsports di laman Facebook mereka awal minggu lepas dan menyatakan mereka bersedia menghadiahkan Wraith tahun 2018 itu kepada sesiapa sahaja yang membeli Chiron 2021 mereka. Logik lah kan sebab harga Chiron jauh lebih tinggi dari Wraith walaupun Wraith tu berstatus kereta mewah.

Chiron yang dimaksudkan hanya mempunyai perbatuan 2,000batu dan berwarna dua tona Grenade dengan dalaman Glacier. Wraith itu pula mempunyai tema warna yang sama dan mempunyai 17,000 perbatuan. Kalau ditolak dengan harga semasa Chiron di AS, Wraith tersebut Cuma bernilai USD239,995. Tak ada la murah sangat kan?

Harga Chiron ni sebenarnya agak subjektif dan tak macam harga Myvi atau kereta biasa yang kita boleh buat perbandingan dalam laman jual beli atas talian. Ini kerana setiap sebuah Chiron adalah unik dan berbeza dari segi spesifikasi.

Chiron yang diiklankan oleh Naples Motorsports ini sebenarnya merupakan Chiron termahal di AS dalam pasaran terpakai buat masa sekarang. Ooo patutlah, harga Wraith tu dah termasuk dalam pakej rasanya.

Kalau fikir dalam-dalam tak berbaloi pun sebenarnya. Ke korang rasa macam mana? Mana ada pihak yang nak bagi benda mahal secara percuma. Apatah lagi yang bernilai ratusan ribu USD. Tak percaya cuba tengok harga ubat gigi yang ada hadiah percuma dengan yang tak ada hadiah kat pasaraya. Berbeza kan? Ingat cawan dan pinggan kaca bergambar kartun tu percuma ke?

Google ads
Back to top button