Buletin

HONDA PAMER PROTOTAIP CIVIC HATCHBACK DI GENEVA

Honda dijadual menayangkan rangkaian model untuk pasaran Eropah untuk tahun 2016 pada acara Geneva Motor Show tidak lama lagi.

Honda-clarity-fuel-cell-mekanika

Antara model yang paling mendapat perhatian pastinya Civic Hatchback Prototype. Model hatchback yang tampil dengan rekaan luaran mantap itu dijangka dilancarkan di Eropah pada tahun 2017.

Civic Hatchback akan dihasilkan di kilang Honda di UK Manufacturing (HUM). Jentera itu dikatakan bakal dieksport ke pasaran global termasuklah Amerika Syarikat. Setakat ini, masih belum ada perincian mengenai enjin yang bakal digunakan.

Sudah dipertontonkan kepada umum pada Tokyo Motor Show Oktober lalu, Clarity Fuel Cell merupakan model saloon sel bahan api yang pertama diproduksikan di dunia.

Honda-NSX-mekanika

Berikutan pengumumkan jualan di Amerika Syarikat, Honda mengesahkan bahawa pelanggan pertama jentera berprestasi tinggi NSX akan menerima kereta mereka pada tahun ini.

Supercar hibrid ini dipacu oleh enjin V6 bersama pengecas turbo berkembar yang dipadankan dengan kotak gear DCT sembilan kelajuan.

Jazz ‘Keenlight’ Concept pula mengetengahkan potensi sebuah Jazz untuk diubah suai menggunakan elemen rekaan yang kemas, stiker istimewa dan warna unik dikenali sebagai Keenlight.

Honda-CRF1000L-Africa-Twin-mekanika

Motosikal touring CRF1000L Africa Twin serba baharu ini pula tampil dengan pelbagai teknologi inovatif. Ia dijana oleh enjin dua silinder sebaris yang penuh kuasa.

Google ads
Back to top button