
Buletin
PERODUA SUMBANG 4 UNIT AXIA KEPADA PDRM
Perodua telah menyumbang empat unit Axia kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dijadikan kereta peronda sebagai usaha mengurangkan kadar jenayah.
Axia tersebut diserahkan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Zahari Husin kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Bukit Aman.
Ini merupakan model Axia pertama yang digunakan oleh PDRM. Kereta itu akan digunakan oleh balai polis Brickfields, TTDI dan pasukan AMANITA.
Sejak tahun 1995, PDRM telah menggunakan lebih 670 buah kenderaan Perodua untuk menjalankan tugas menjaga keselamatan orang awam.