Buletin

HONDA & PANASONIC BEKERJASAMA BUAT ‘POWERBANK’ UNTUK MOTOSIKAL

Apabila menulis tentang bateri kenderaan elektrik dan jarak perjalanannya ada yang mencadangkan supaya pengeluar menghasilkan bateri tambahan atau bahasa popularnya power bank supaya boleh dibawa ke sana sini dan senang untuk digunakan.

Mungkin sekadar melawak tetapi tahukah anda konsep power bank tersebut realistik? Lebih menarik apabila Honda dan Panasonic akan bekerjasama dalam teknologi ini.

Honda dan Panasonic akan melakukan eksperimen dalam teknologi Honda Mobile Power Pack yang boleh ditanggalkan bersama dengan produk mobiliti elektrik termasuk motosikal elektrik yang dikuasakan oleh Mobile Power Pack.

Senang cerita konsepnya sama seperti power bank, bateri gantian yang digunakan memandangkan kuasa bateri mempunyai tenaga terhad. 

Satu lagi fakta menarik apabila kajian ini bakal dimulakan pada Disember depan di negara jiran iaitu Indonesia. Projek ini ialah satu daripada program subsidi oleh Japan New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO).

Ini Honda EV Cub. Guna bateri. Cantik juga kan?

Di bawah ialah fakta tentang projek ini:

  • Indonesia adalah pasaran motosikal terbesar dunia dan berhadapan dengan masalah pencemaran udara disebabkan peningkatan kadar trafik
  • Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan Indonesia telah mengumumkan satu polisi bagi memudahcara pengunaan kenderaan berasaskan elektrik
  • Satu masalah tentang kenderaan elektrik ialah jarak dan tempoh pengecasan
  • Di sinilah Mobile Power Pack atau senang cerita power bank dapat mengatasi masalah ini disamping meluaskan lagi penggunaan kenderaan elektrik
  • Untuk projek ini, Honda dan Panasonic akan membina stesen pengecasan di 12 lokasi yang mana dapat mengecas Mobile Power Pack serentak dan membekalkan Mobile Power Pack kepada pengguna pada bila-bila masa
  • Pengguna kenderaan elektrik yang mempunyai kuasa bateri rendah boleh menghentikan kenderaan mereka di stesen pengecasan dan boleh menggantikan Mobile Power Pack dengan unit lain. Senang kata, swap dengan bateri lain

Honda, Panasonic dan Pacific Consultants Co., Ltd. telah menandatangani satu perjanjian bagi menggerakkan projek ini serta menjalankan eksperimen.

Honda pada setiap tahun menjual lebih dari 20 juta unit produk mobiliti di seluruh dunia manakala Panasonic pula mempunyai pengalaman dalam menghasilkan bateri yang berkualiti dan efisien untuk kegunaan kenderaan.

Honda EV Cub

Di antara lokasi eksperimen ini ialah di Denpasar dan Kuta, Bali dan Bandung.

Nampaknya gurauan power bank untuk kenderaan bakal menjadi nyata apabila eksperimen ini berjaya. Betul juga bukan? Buat apa buang masa yang lama nak tunggu bateri penuh.

Swap sahaja dengan bateri lain. Cuma…. belum lagi untuk kereta sebab baterinya lebih berat dan besar.

BACA: HONDA SUPER CUB – DICIPTA BERDASARKAN MI SOBA JEPUN!

BACA: HONDA SUPER CUB C125 MASUK AMERIKA YOB!

Google ads
Back to top button