Artikel PilihanMotosikal

TANPA BANTUAN ELEKTRONIK ROSSI SEMESTINYA ADALAH JUARA MOTOGP – CASEY STONER

Itu merupakan pandangan peribadi bekas juara dunia MotoGP dua kali, Casey Stoner ketika diutarakan beberapa soalan oleh wakil media tentang MotoGP dan pelumba masa kini terutamanya Dovizioso, Lorenzo, Marquez, Petrucci dan tidak ketinggalan Valentino Rossi.

Stoner turut menyatakan yang sehingga ke perlumbaan terkini di Assen, Marc Marquez ternyata masih merupakan pelumba paling laju di litar dan merupakan calon terbaik untuk memenangi MotoGP tahun ini.

Namun begitu Stoner turut tidak menolak kemungkinan yang masih ada pelumba yang mampu menghalang Marquez dari meraih gelaran juara MotoGP musim ini. Antaranya ialah Valentino Rossi dan Maverick Vinales dari pasukan Yamaha. Masalahnya cuma satu iaitu keduanya sentiasa gagal meraih kedudukan pertama di atas podium. Rossi sendiri walaupun sentiasa menang dan berada di podium tetapi ia bukannya kedudukan tempat pertama.

Stoner kemudian menyatakan pandangan beliau yang jika kawalan motosikal berada pada tangan pelumba sepenuhnyan dan bukannya dengan bantuan elektronik, Rossi semestinya mampu menjadi juara. Ini kerana mereka datang dari generasi yang sama. Sistem elektronik yang dimaksudkan beliau semestinya ialah software dan ECU perlumbaan yang digunakan oleh jentera-jentera terbaru seperti yang digunakan Marc Marquez. Jangan nak banding dengan sistem elektronik yang ada pada skuter Ego anda, itu lain bang.

BACA: PEDROSA UMUMKAN PERSARAANNYA DALAM ARENA MOTOGP

Stoner turut menyentuh tentang perpisahan Lorenzo dan Ducati yang disifatkan sebagai menyedihkan. Beliau percaya yang Lorenzo perlukan lebih masa jika ingin berjaya dengan Ducati. Kemenangan Ducati dan Lorenzo di Mugello dan Barcelona semestinya bukan satu kebetulan dan Stoner yakin gandingan keduanya masih akan mencatat kemenangan dalam musim ini.

Namun begitu Stoner yakin Ducati tetap bakal mencabar dengan pemilihan Danilo Petrucci sebagai pelumba musim depan. Ini kerana Petruci bukan sahaja laju tetapi beliau telah memberikan persembahan yang baik sewaktu sesi ujian dan pembanguna Desmosedici GP.

Stoner bagaimanapun merasakan beliau tidak perlu mengulas tentang gandingan yang disifatkan terhebat di dunia dalam kem Repsol Honda tahun depan, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo. Ini kerana sudah pasti keduanya akan ‘meletup’ dalam musim akan datang.

 

Google ads
Back to top button