Motosikal

HONDA PERKENAL JENTERA ADVENTURE KECIL CRF190L. GAYAAN AFRIKA TWIN, 16BHP, BERAT 145KG SAHAJA

Honda baru-baru ini memperkenalkan model adventure dengan enjin bersesaran kecil iaitu CRF190L. Khas untuk pasaran China sahaja buat masa sekarang, ia ideal untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan motosikal adventure. 

Seperti yang boleh dilihat, CRF190L menerima pengaruh rekaan model lebih besar iaitu Africa Twin bersama gayaan rali Dakar dan pakej grafik tiga warna HRC. Jentera itu tampil dengan ciri asas seperti fork hadapan teleskopik dan brek cakera pada roda hadapan. 

CRF190L dikuasakan oleh enjin silinder tunggal dengan sistem penyejukan udara yang mampu menjana 16bhp dan tork 14.9Nm.

Walaupun kuasa itu nampak kecil, tetapi ia sebenarnya sudah cukup untuk menggerakkan motosikal yang cuma seberat 145kg. Sebagai perbandingan, KTM 390 Adventure adalah seberat 158kg, BMW G310 GS 170kg dan Suzuki V-Strom 250 pula 188kg.

Apa yang menarik ialah jentera tersebut menawarkan jarak kelegaan tanah setinggi 241mm dengan travel suspensi boleh mencecah 180mm.  Ini membolehkannya mengharung laluan off-road dengan mudah. 

Mungkin ramai yang beranggapan motosikal berkenaan tinggi untuk mereka yang berketinggian sederhana. Sebenarnya tidak kerana tinggi pelana hanya 830mm.

CRF190L dipasarkan di China oleh anak syarikat Honda Sundiro. Menarik kan?  

Google ads
Back to top button