BUGATTI GILLETTE HEATED RAZOR EDISI KHAS. PISAU CUKUR BETUL HARGA DIA
Sebut sahaja nama Bugatti, kita memang dah tahu benda yang ia hasilkan tidak murah. Jam tak murah, apatah lagi supercar yang dihasilkan.
Terbaharu, Bugatti telah bekerjasama dengan pengeluar pisau cukur terkenal, Gillette untuk menghasilkan pisau cukur yang mempunyai ciri-ciri istimewa. Direka khas untuk golongan kayangan yang banyak duit dan tak tahu nak buat apa, pisau cukur itu didakwa mampu memberi pengalaman bercukur yang luar biasa.
Produk Bugatti paling mampu milik itu diinspirasikan daripada Chiron Pur Sport. Ia merupakan hasil kerjasama bersama pisau cukur dengan ciri pemanas GilletteLabs. Diperkenalkan pada tahun 2018, pisau cukur berkenaan diiktiraf oleh Time Magazine sebagai ciptaan paling pintar tahun itu.
Pisau cukur dengan ciri pemanas tersebut menawarkan kehangatan untuk cukuran lebih selesa dan menenangkan. Pengguna hanya perlu menekan satu butang untuk menikmati pengalaman itu.
“Sama seperti jentera Buggati yang menjanjikan pengalaman pemanduan mengagumkan, pisau cukur ultra tepat ini direka untuk memberikan pengalaman bercukur yang mewah di rumah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif P&G Grooming, Gary Coombe.
Bugatti tidak mendedahkan harga pisau cukur berkenaan. Sebagai rujukan, pisau cukur Gillette Heated Razor dijual pada harga AS$200 (RM834) seunit. Dengan pakej premium edisi khas Bugatti yang hadir bersama dok pengecas, dua pisau tambahan, kain pembersih dan plug pintar, harga pisau cukur itu pasti jauh lebih mahal.
- BACA: BUGATTI CHIRON SUPER SPORT. ULTIMATE GRAND TOURISME, BERMULA RM16 JUTA SEUNIT
- BACA: MAMPUKAH BUGATTI CHIRON SPORT TAPAU JET PEJUANG DASSAULT RAFALE?
- BACA: YOUTUBER BIKIN BUGATTI CHIRON GUNA TANAH LIAT
- BACA: SIAPALAH PEMILIK NAMA ALICE. SUAMI HADIAHKAN BUGATTI CHIRON SPORT KUSTOM
GALERI