Buletin

HONDA S2000 ‘BAHARU’ DIJUAL DI AUSTRALIA – SELEPAS 7 TAHUN DIHENTIKAN PRODUKSI

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Dalam kes ini, seorang pelanggan bertuah berjaya membeli Honda S2000 ‘baharu’ di sebuah pengedar Honda di New South Wales, Australia.

Untuk makluman, kereta sports ikonik itu telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2009. Jadi, kalau yang anda jumpa di mana-mana tu pastinya model terpakai.

honda-s2000-australia-mekanika-5

Memang ada juga model ‘baharu’ dijual di para pengedar Honda di seluruh dunia. Sebagai contoh, sebanyak 85 unit S2000 dijual pada tahun 2010. Sementara 21 unit lagi dijual di Kanada. Pada tahun 2011, angka itu jatuh kepada lima unit sahaja. Jumlah itu menjadi semakin kecil (hanya dua unit) dijual sebagai model baharu pada tahun 2013.

BACA: HONDA S2000 – ANDA MAHU ROADSTER MODEN?

Berdasarkan kepada statistik itu, memang agak mustahil untuk menjumpai satu lagi model yang tidak pernah dipandu pada tahun 2016. Anda silap! Menurut laporan CarAdvice, sebuah S200 ‘baharu’ telah dijual bulan lalu. Kali terakhir sebuah S2000 baharu dijual di Australia adalah pada November 2008.

honda-s2000-australia-mekanika-4

Jual beli itu telah disahkan oleh Pengarah Honda Australia, Stephen Collins. Namun begitu, tiada siapa pasti berapakah harga yang dibayar oleh pembeli berkenaan. Apa yang pasti, ia menjadi antara model terakhir yang berada dalam keadaan terbaik boleh didapati di seluruh dunia.

Pada tahun 2008, S2000 dijual pada harga  AUS$73,590 (RM242,000) seunit, bergantung kepada spesifikasi yang dipilih.

honda-s2000-australia-mekanika-3

S2000 dijana oleh unit enjin empat silinder bersesaran 2.2 liter yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 237hp. Berupaya mencatat pecutan dari 0-100km/j dalam masa 5.5 saat, jentera seberat 1,275kg itu dipasang dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Google ads
Back to top button