Motosikal

SKUTER ELEKTRIK ZEV LRC-X – 290km SEKALI CAJ

Di pasaran Amerika Syarikat (AS), skuter ZEV LRC sudah beberapa tahun diproduksi. Kini, varian elektrik yang dikenali sebagai LRC-X tampil dengan prestasi lebih menarik.   

Menurut laporan autoevolution.com, bahagian luaran tidak jauh berbeza dengan model standard. Tetapi rangkaian kuasa yang membuatkannya cukup istimewa.

electric-scooter-zev-lrc-x-mekanika-4

Kapasiti bateri pek telah ditingkatkan menjadi 36 sel dengan kuasa 100 Ah setiap satu. Sekali gus dapat menawarkan 28,5 peratus lebih kuasa dan jarak. Motor elektrik mampu menjana kuasa 40kW yang membolehkan skuter itu memecut dengan kelajuan sekitar 185km/j. Tetapi, kelajuannya dihadkan kepada 153km/j sahaja.

 

Apa pun, kelajuan bukanlah kelebihan utama LRC-X. Keupayaannya mencatat jarak sehingga 290km pada kelajuan 88.5km/j dan 177km jika ditunggang selaju 112/6km/j dengan bateri penuh memang mengagumkan.

electric-scooter-zev-lrc-x-mekanika-3

Angka itu membolehkan LRC-X menjadi motor elektrik yang memiliki jarak paling jauh pada kelajuan di atas lebuh raya berharga bawah AS$30,000 (RM120,000) seunit.

Sebagai perbandingan, jarak itu adalah dua kali ganda daripada model Energica EGO. Selain 80 peratus lebih tinggi berbanding BMW C-Evo dan 46 peratus lebih jauh daripada motosikal Zero dengan pek bateri paling besar.

BACA: SKUTER MAXI ELEKTRIK BMW C EVOLUTION

BACA: MOTOSIKAL ELEKTRIK SHANGHAI LIMA POLAR

Lebih menarik lagi, ZEV mendakwa motor elektrik jentera tersebut telah dinaik taraf dan mampu menghasilkan tork setinggi 400Nm dalam model power. Atas sebab itu, skuter ini akan ditawarkan dengan pek kawalan prestasi yang membolehkan pelanggan menalanya sebagai mode perlumbaan dan menyertai drag.

Di AS, LRC-X ditawarkan pada harga AS$15,950 (RM70,500) seunit dan dijangka dipasarkan ke Eropah tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button