BuletinMotosikal

HONDA SUPER CUB C125 KINI DI INDO – RM15.5K!

Honda Super Cub C125 sebelum ini telah mendapat liputan meluas di media. Motosikal ini begitu dekat di hati ramai pengguna kerana ia sudah berada di pasaran sejak tahun 1958 lagi.

Sejak itu jualan kumulatif Super Cub telah pun mencecah 100 juta unit pada tahun 2017.

Jumlah tersebut menjadikan Super Cub sebagai kenderaan bermotor paling popular di dunia dan boleh didapati di lebih 160 buah negara.

Super Cub baharu tampil dengan reka bentuk yang memberi penghormatan kepada ciri-ciri asal dan digabungkan bersama kelengkapan moden.

Model baharu ini telah dilancarkan di Indonesia sempena Pameran Kenderaan Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2018 pada 3 Ogos lalu.

Harganya? Rp 55,000,000 atau bersamaan RM15,491.

Adakah tersalah tulis? Selepas beberapa kali menukar nilai jumlah tersebut dalam talian serta memeriksa di laman web permotoran Indonesia ternyata angka RM15,000 itu betul.

Kenapa begitu tinggi harganya sehingga berlipat kali ganda berbanding model asal atau yang lebih canggih di pasaran?

Menurut PT Astra Honda Motor (AHM) motosikal ini diposisikan kepada pelanggan urban dengan gaya hidup bergaya dan premium.

Mazda CX30

Maknanya Honda Cub C125 ini bukan lagi untuk rakyat kebanyakan yang mahukan sesuatu yang ringkas, murah dan mudah dikendalikan tetapi kini lebih terarah kepada mereka yang berada di kelas sederhana tinggi atau mereka yang sanggup untuk berpisah dengan RM15,000 bagi sebuah motosikal kapcai.

Bukan sesuatu yang aneh malah normal bagi model klasik kelahiran semula ini. Lihat sahaja bagaimana Mini Cooper, Volkswagen Beetle atau pun Vespa diposisikan.

Semuanya sudah memasuki segmen premium dan dimiliki oleh mereka yang mempunyai poket tebal.

Ciri-ciri klasik pada motosikal premium ini dikekalkan seperti lampu bulat dan rekaan ekzos. Super Cun ini dikuasakan olen enjin 125cc SOHC sejukan udara dan sistem suntikan bahan api.

Bore and stroke enjin ialah 52.4 x 57.9mm dengan nisbah mampatan of 9.3:1. Kuasa puncak ialah 6.76kW (9 hp) pada @ 7,500rpm dan tork 9.79 Nm @ 5,000rpm.

Ciri lama seperti model asal iaitu bahagian belakang yang diperbuat daripada besi masih dikekalkan terutama sekali bagi menampakkan lengkuk S yang juga identiti klasiknya.

Gaya duduk dengan badan penunggang diluruskan pula dikekalkan melalui handle gayaan asal manakala untuk kekal selesa, kerusi Super Cub ini menggunakan bahan yang lebih tebal daripada material urethane.

Kesemua nyalaan model ini adalah daripada LED dan meter paparan digital. Peralatan moden lain ialah Honda Smart Key yang mempunyai sistem immbolizer bagi mencegah kecurian.

Motosikal ini turut mempunyai sistem panggilan semula di mana lampu isyarat akan berkelip apabila butang ditekan supaya mudah pemilik untyuk mengesannya.

BACA: HONDA RS150R ADA WARNA BARU – MANA CANTIK DENGAN SUPRA GTR150/WINNER 150?  

BACA: INI KISAH JOE DAN PROJEK HONDA CRX

Rangka motosikal ini ialah daripada jenis besi berongga C110 dengan berat tanpa penunggang 107kg. Sistem suspensi depan daripada jenis teleskopik dan satu ciri yang menyerlah ialah roda aloi 17 inci dengan brek cakera depan 220 mm.

Tayar depan tanpa tiub berukuran 70/90-17 didepan dan 80/90-17 di belakang.

Honda Super Cub C125 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Pearl Niltava Blue, Pearl Nebula Red dan Pearl Shining Black.

Memandangkan motosikal ini berada dalam segmen premium maka ia hanya dijual secara eksklusif di pengedar Wing dan Big Wing di Indonesia.

Nampaknya dengan harga premium, Super Cub ini bukan lagi sesuai untuk mengangkut tong gas di kedai runcit tetapi lebih padan untuk dinaiki semasa program Distinguished Gentleman’s Ride.

Tags
Google ads
Back to top button