HONDA TAWAR CIRI ANDROID AUTO PADA GOLD WING 2018
Apabila Honda menawarkan ciri Apple CarPlay pada model touring mewah Honda Gold Wing 2018, pengguna iPhone terus bersorak.
Gold Wing menjadi motosikal pertama yang memiliki perisian perjalanan canggih itu.
Penawaran itu membuat pengguna telefon Android tertanya-tanya. Selepas beberapa tahun, aplikasi Android Auto kini boleh digunakan pada model Gold Wing.

Ditawarkan secara percuma, perisian tersebut sesuai untuk Gold Wing tahun 2018 dan seterusnya.
Android Auto menggunakan ciri Google Assistant, pengaktifan suara dan antara muka yang ringkas. Ini bagi mengelakkan gangguan dan penunggang boleh fokus kepada jalan raya.
Ia berfungsi memainkan lagu, mendengar buku audio, podcast, laporan berita terkini, mesej, selain membuat dan menjawab panggilan. Bagi mereka yang gemar bejalan jauh, aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze boleh digunakan dengan mudah.
Android Auto ini sesuai untuk telefon Andorid dengan perisian 5.0 dan ke atas.
Walaupun Apple CarPlay dan Android Auto hanya ada pada Gold Wing, Honda memberitahu ciri itu akan ditampilkan untuk model-model adventure seperti Honda Africa Twin CRF1100 tidak lama lagi.
- BACA: YAMAHA STAR VENTURE 2018 – JENTERA TRANSCONTINENTAL TOURING MEWAH, MAHU LAWAN HONDA GOLDWING
- BACA: HONDAGO BOLEHKAN PENGGUNA SEWA SUPER CUB HINGGA CBR1000RR-R FIREBLADE. BERMULA RM60 SAHAJA
- BACA: HONDA GOLD WING BAHARU BAKAL TERIMA SISTEM KESELAMATAN PANDANGAN 3D
- BACA: HONDA GOLD WING FACELIFT 2018 – LAMPU DEPAN NI BOLEH MASUK DEKAT PCX TAK?

