Motosikal

E-BIKE AIMA CUMA PERLU MASA 23 SAAT UNTUK DIHASILKAN

Sebuah kilang terkemuka China, Aima Technology Group dilapor mampu menghasilkan e-basikal secara purata hanya dalam tempoh 23 saat sahaja.

Syarikat e-basikal yang berpusat di Tianjin, utara China itu dapat mengeluarkan sekitar 15,000 e-basikal setiap hari.

Berdasarkan iklan di laman e-dagang terkenal Lazada, motosikal elektrik model Aima TDR127Z ditawarkan pada harga RM2,299 seunit selepas potongan sebanyak 50 peratus.

Menurut penerangan produk, jentera itu menggunakan motor berkuasa 350W dengan bateri 48V. Sekali caj, ia boleh bergerak sejauh 35 hingga 40km dengan tempoh mengecas selams 4 hingga 6 jam.

e-bike itu hadir dalam beberapa pilihan warna seperti hitam, merah, biru dan kuning.

“Syarikat mulakan pengeluaran sejak 15 Februari lalu. Pembuatan e-basikal hanya perlukan 23 saat untuk dihasilkan dari bahagian pemasangannya.

“Seramai lebih 3,100 pekerjanya telah kembali bekerja setelah perintah berkurung yang dilaksanakan ekoran wabak koronavirus (Covid-19) tidak lagi dikuatkuasakan oleh kerajaan,” kata jurucakap syarikat berkenaan. – Xinhua News

Tags
Google ads
Back to top button