Motosikal

YAMAHA STAR VENTURE 2018 – JENTERA TRANSCONTINENTAL TOURING MEWAH, MAHU LAWAN HONDA GOLDWING 

Yamaha memeperkenalkan model touring terbaharunya yang menggabungkan rekaan klasik atau neo-retro dengan teknologi moden. 

Yamaha Star Venture 2018 dilihat sebagai pencabar kepada jentera touring seperti BMW K 1600 B Bagger, Harley-Davidson, Indian dan Honda Goldwing. Selain dapat melengkapkan tawaran jentera touring daripada Yamaha yang sebelum ini dibarisi oleh model-model seperti FJR1300, FJ-09, Super Tenere dan V-Star 1300.

Jentera intercontinental touring mewah itu dijana oleh unit enjin V-twin dengan sistem penyejukan udara dan pancitan bahan api bersesaran 1,854cc. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan bersama klac basah serta ciri overdrive untuk gear kelima dan keenam. Sebagai sebuah motosikal toring jarak jarah, Star Venture dilengkapi tangki sebesar 22 liter dan mampu bergerak sejauh 354km.

Mamandangkan saiznya yang besar dan berat, ia dipasang dengan sistem Sure-Park. Sistem yang terdiri daripada sebuah motor kecil itu dikawal menerusi suis pada bar hendal. Ia membolehkan motosikal ini digerak ke hadapan dan mengundur ketika hendak diparkir.

Motosikal yang dibina di atas chasis baru dengan titik graviti lebih rendah dan suspensi boleh laras itu menjanjikan tunggangan mantap sama ada di lebuh raya atau laluan bukit yang berliku. Antara ciri keselamatan yang ada ialah pendikit ride-by-wire, kawalan cengkaman, kawalan jelajah, mode tunggang boleh ubah dan brek ABS.

Jentera itu turut didatangkan dengan sistem kunci pintar yang membolehkan penunggang untuk menghidupkan enjin atau mengakses ruang bagasi belakang tanpa perlu memasukkan kunci.

Keselesaan pembonceng dipertingkatkan menerusi pemanas pada tempat duduk, cermin hadapan boleh laras, pemegang lengkap dengan pemanas dan panel fairing boleh ubah.

Tidak lengkap jika touring mewah tidak ada muzik. Jadi, Yamaha memasang sistem infotaimen yang terdiri daripada sistem bunyi berkuasa, bersama ketersambungan Bluetooth, arahan suara, navigasi dan pelbagai fungsi lain.

Star Venture akan ditawarkan dalam dua varian. Untuk pasaran Amerika Syarikat, versi asas berharga AS$24,999 (RM106,700), manakala varian Transcontinental boleh dimiliki pada harga AS$26,000 (RM111,000) seunit.

BACA: MODIFIKASI YAMAHA Y15ZR MOVISTAR – GABUNGAN YAMAHA & APRILIA RSV4!

Varian Transcontinental dilengkapi lebih banyak kotak penyimpanan barang, port USB, sistem penggera, radio CB, lampu kabus LED, sistem audio ekstra untuk pembonceng dan GPS.Dua pilihan warna ditawarkan iaitu kelabu dan merah. Ia juga hadir dengan jaminan selama lima tahun.

GALERI

Google ads
Back to top button