Motosikal

HONDA GOLD WING FACELIFT 2018 – LAMPU DEPAN NI BOLEH MASUK DEKAT PCX TAK?

Jangan salah sangka, gambar di atas bukannya skuter Honda PCX facelift baru tetapi rekaan lampu hadapan Honda terbaru yang sudah menjadi seperti identiti mereka. Inilah rupa terbaru model kelas atasan Honda iaitu Honda Gold Wing 2018.

Honda Gold Wing merupakan antara model cruiser dari Jepun yang paling popular di Malaysia. Selain digemari oleh peminat dari kalangan orang awam, ia juga menjadi pilihan PDRM untuk menjadi motosikal pengiring orang kenamaan. Malah ia juga antara motosikal paling mewah dikeluarkan dari negara matahari terbit itu.

BACA: YAMAHA STAR VENTURE 2018 – JENTERA TRANSOCNTINENTAL TOURING MEWAH, MAHU LAWAN HONDA GOLD WING

Model terbaru Honda ini sebenarnya belum lagi dilancarkan secara rasmi, dengar khabar pelancarannya bakal diumumkan sekitar bulan hadapan sama ada di pameran INTERMOT ataupun EICMA tapi imej ini telah dibocorkan terlebih dahulu oleh media Holland iaitu Maxxmoto dan Oliepeil. Ia merupakan model saingan kepada Yamaha Star Venture Trans Continental iaitu GL1800 ataupun Honda Gold Wing.

Perubahan paling jelas semestinya dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan iaitu penggunaan lampu utama LED lengkap dengan DRL. Bahagian papan pemuka juga kelihatan semakin premium dengan unit-unit kawalan seperti kereta-kereta mewah dari Jerman.

Fungsi-fungsi lain diperolehi secara terperinci sehinggalah ia dilancarkan secara rasmi namun jika dilihat sekali imbas, Honda masih lagi mengekalkan enjin boxer 1800 cc 6 selinder untuk model ini.

Berdasarkan laporan media Holland, terdapat dua varian bakal ditawarkan untuk Gold Wing terbaru ini iaitu GL 1800 2018 dan F6B 1800 2018. Berdasarkan imbasan awal perbezaan yang ketara ialah pada warna rim dan juga kerangka selain penambahan aksesori pada tempat duduk penunggang belakang.

Untuk maklumat lebih lanjut tunggu sahaja ia dilancarkan secara rasmi nanti. Sediakan sahaja duit deposit sebanyak mungkin untuk mendapatkan Gold Wing terbaru nanti tapi kalau tak dapat tataplah dulu gambar-gambar ini untuk sajian mata kita semua.

GALERI:

Kredit kepada warungasep dan Oliepeil

Google ads
Back to top button