Buletin

HONDA THAILAND LANCAR CIVIC GEN-10!

Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. (Honda Thailand) hari ini melancarkan generasi ke-10 Honda Civic.

Honda-Civic-gen-10-thailand-mekanika 9 (1)

Thailand menjadi negara pertama selepas Amerika Utara yang melancarkan Civic serba baharu ini. Ia juga merupakan model pertama yang dihasilkan di kilang baharu Honda di Prachinburi, Thailand.

Honda Civic ditawarkan dalam empat varian iaitu TURBO RS (1,199,000 baht / RM139,000), TURBO (1,099,000 baht / RM127,500), 1.8 EL (959,000 baht / RM111,250) dan 1.8 E (869,000 baht / RM100,820).

Honda-Civic-gen-10-thailand-mekanika (7)

Pelanggan boleh memilih daripada lima warna menarik iaitu putih, hitam, kelabu serta dua warna baharu, perak dan biru.

Antara penambahbaikan paling ketara adalah penggunaan enjin turbo DOHC VTEC bersesaran 1.5 liter. Enjin itu mampu menjana kuasa 173hp @ 5,500rpm dan tork maksimum 220NM @ 1,700 – 5,500rpm.

Honda-Civic-gen-10-thailand-mekanika 9 (2)

Selain enjin tersebut, Civic turut menggunakan enjin1.8-liter SOHC i-VTEC berkuasa 141hp dan tork 174Nm. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear CVT baharu yang dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams. Enjin ini juga boleh menggunakan bahan api E85.

Civic didatangkan dengan beberapa ciri keselamatan baharu seperti Honda LaneWatch, Electric Parking Brake (EPB), Auto Brake Hold, Walk Away Auto Lock dan banyak lagi.

Honda-Civic-gen-10-thailand-mekanika (8)

Bukan itu sahaja,  Civic juga dilengkapi lampu utama dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED, lampu belakang LED berbentuk C, skrin sentuh bersaiz tujuh inci, Apple CarPlay, paparan multi maklumat (MID) dan Engine Remote Start (bergantung kepada varian.

Sedan segmen C ini mengaplikasikan konsep rekaan “Wide and Low” untuk menyerlahkan penampilan yang sporty.

Honda-Civic-gen-10-thailand-mekanika (2)

Honda Thailand mensasarkan jualan sebanyak 25,000 Civic ini dalam tempoh setahun.

Google ads
Back to top button