Buletin

HONDA THAILAND SAH TAWARKAN CR-V DENGAN ENJIN DIESEL 1.6L TURBO & TRANSMISI AUTO 9 KELAJUAN

Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan rangkaian kuasa enjin 1.6L i-DTEC Turbo buat pertama kalinya untuk pasaran Thailand pada SUV popularnya, Honda CR-V .

Apa yang lebih menarik lagi ialah enjin tersebut akan dipadankan dengan kotak gear automatik sembilan kelajuan.

Enjin diesel empat silinder 1.6L i-DTEC dibangunkan oleh pasukan kejuruteraan Honda di bawag Teknologi earth Dreams di Jepun. Ia memberi fokus kepada aspek prestasi pemanduan, penjimatan bahan api dan mesra alam.

Rangkaian kuasa itu selari dengan pembangunan komponen yang lebih kecil dalam usaha menghasilkan enjin yang lebih ringan. Sistem utama pada enjin itu ialah turbo dua peringkat yang menjana kuasa tork lebih tinggi secara pintar dan pecutan efisien dalam apa jua kondisi pemancuan.

Enjin tersebut dikatakan mampu menjana kuasa maksimum 160hp pada 4,000rpm dan tork 350Nm pada 2,000rpm dengan penjimatan sekitar 18.9km bagi setiap liter bahan api. Angka itu sama dengan enjin diesel bersesaran lebih besar.

Pengenalan enjin diesel dan transmisi baharu yang cekap itu dilihat dapat meningkatkan lagi populariti CR-V di sana.

Selepas dua bulan dilancarkan di pasaran Amerika Syarikat, CR-V serba baharu itu menerima anugerah SUV Kompak Terbaik 2017. Jentera tersebut dijangka dipamerkan di Acara Bangkok International Motor Show hujung bulan ini.

BACA: SENARAI KERETA PALING SELAMAT 2017

BACA: HONDA MALAYSIA SASAR JUALAN 100K UNIT UNTUK TAHUN 2017

GALERI

Google ads
Back to top button