Buletin

HONDA WAVE ALPHA 2023. ENJIN EURO4, 3 PILIHAN WARNA BAHARU, BERMULA RM5,179

Sejak diperkenalkan pada 2015, Honda Wave Alpha telah menjadi pendamping terbaik kepada ramai penunggang Malaysia kerana gabungan gaya, kualiti dan nilai yang sangat berpatutan. Kini, Boon Siew Honda melancarkan Honda Wave Alpha Baharu dengan enjin suntikan bahan api serta mematuhi Euro4.

Dari segi gayaan, reka bentuk lampu belakang baharu memberikan motosikal ini kelihatan sporty. Tarikan lain ialah meter baharu yang memaparkan pelbagai maklumat tunggangan lengkap bersama penunjuk FI.

Bagi model 2023, kapcai itu dikuasakan oleh enjin 110cc yang hadir dengan teknologi Programmed Fuel Injection. Enjin tersebut mampu menjana 8.7hp pada 7,500rpm dan tork 8.67Nm pada 5,500rpm.

Peningkatan utama adalah dari segi kecekapan penggunaan bahan api. Enjin Wave Alpha kini boleh mencapai penjimatan sehingga 70.9km/l mengikuti mod pengukuran penggunaan bahan api (WMTC). Ini merupakan peningkatan sebanyak 12.3km/l berbanding model tahun 2019.

Bukan itu sahaja, tangki bahan api juga lebih besar iaitu 4.1 liter. Manakala ruang simpanan bawah tempat duduk kini seluas 7.3 liter, hampir dua kali lebih besar berbanding sebelumnya.

Honda Wave Alpha boleh didapati dalam pilihan warna merah, biru dan kuning. Ia boleh anda miliki pada harga RM5,179 tidak termasuk insurans. Jaminan yang diberikan adalah selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km.

Maklumat lanjut mengenai Honda Wave Alpha 2023, pelanggan boleh mengunjungi pengedar sah Honda atau hubungi nombor bebas tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau layari laman web www.boonsiewhonda.com.my

GALERI:

Google ads
Back to top button