Motosikal

HONDA RS-X 2023 TERIMA JALUR BAHARU. BERMULA RM9,698 SEUNIT

Boon Siew Honda baru-baru ini mengumumkan kemas kini jalur untuk moped utamanya, Honda RS-X. 

Sejak diperkenalkan pada 2021, Honda RS-X nyata meraih populariti dalam kalangan pengguna Malaysia yang menghargai gabungan sempurna  gayaan sporty, prestasi terbaik dan ciri-ciri termaju. 

Bagi tahun 2023, Honda RS-X hadir dalam dua pilihan grafik baharu pada warna badan kuning (Lemon Ice Yellow) dan biru (Candy  Caribbean Blue Sea). Tidak ketinggalan, penampilan lebih segar untuk Edisi Trico yang dilengkapi  rim berwarna emas. 

Badan sisi pada Lemon Ice Yellow didatangkan dengan garis jingga bersama gabungan tulisan hitam tebal dan logo latar belakang putih. 

Warna biru pula didatangkan dengan campuran warna kelabu dan hitam pada  bahagian sisi badan agar kelihatan lebih menarik. 

Edisi Trico lebih menyerlah kerana ia mengikuti DNA CBR. Campuran tiga warna ikonik merah, biru dan putih pada badan disalut dengan rim emas pada roda. 

Honda RS-X untuk warna kuning dan biru ditawarkan pada harga RM9,698 seunit. Manakala Trico Edition berharga RM9,748 dan boleh didapati di semua pengedar sah Honda bermula 4 Januari  2023. 

Maklumat lanjut mengenai Honda RS-X, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda, hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau layari  www.boonsiewhonda.com.my

GALERI

Google ads
Back to top button