Motosikal

HONDA WAVE ALPHA 2019. 2 VARIAN, BERMULA RM4,339 SEUNIT

Boon Siew Honda hari ini melancarkan kapcai terbaharunya, Honda Wave Alpha ke pasaran tempatan. Ia kini hadir dengan reka bentuk moden dan bergaya, bersama  rekaan jalur grafik serba baharu.

Honda Wave Alpha dilengkapi penutup bahagian hadapan. Lampu signal hadapan juga disatukan pada perumah bahagian badan motosikal. Ini secara tidak langsung memberikan aerodinamik yang lebih baik.

Penampilan itu kemudian diserlahkan lagi dengan rekaan jalur grafik yang menarik. Pembonceng pasti rasa lebih yakin dengan pemegang tangan dibalut getah, khas untuk varian dilengkapi sport rim.

Kapcai itu menggunakan khidmat enjin selinder tungga; yang cukup menjimat bahan api dengan sistem penyejukan udara. Ia mampu menjana kuasa 8.2hp dan 8.4Nm pada 5,500rpm.

Honda Wave Alpha ditawarkan pada harga kompetitif dalam segmen kapcai berkapasiti 110cc. Harga adalah seperti berikut:

Ia juga dilengkapi ciri-ciri yang praktikal seperti ruang simpanan luas di bawah tempat duduk, tangki bahan api 3.7 liter serta sistem penghidup enjin, secara tendang dan elektrik.

Jentera itu didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning.

Anda juga boleh memilih sama ada varian dengan rim lidi atau sport rim. Honda Wave Alpha hadir bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button