
HONDA BAYAR AS$85 JUTA SELESAI MASALAH INFLATOR BEG UDARA
Honda akan membayar AS$85 juta (RM 354 juta) sebagai penyelesaian siasatan dilaksanakan 46 buah negeri di Amerika Syarikat (AS) berhubung penggunaan inflator beg udara Takata yang rosak di dalam kenderaan jenama tersebut.
Sejak beberapa tahun lalu, lebih 40 juta kenderaan dilengkapi inflator beg udara Takata daripada 60 juta produk keselamatan tersebut di AS dipanggil semula pengeluar Jepun itu.
Honda menjadi salah satu pengeluar kenderaan utama terlibat dalam penarikan balik semula inflator beg udara.
Pada bulan Januari, syarikat itu memberitahu akan menarik tambahan sebanyak 2.7 juta kenderaan di seluruh Amerika Utara berikutan potensi terdapat kerosakan pada beg udara Takata.
Dalam penyelesaian diumumkan pada Selasa lalu, American Honda Motor Co. dan Honda of America bersetuju dengan perintah persetujuan yang memerlukan mereka meningkatkan prosedur keselamatan produk berkaitan beg udara frontal termasuk mengurangkan risiko inflator pecah.
Auto News melaporkan pengeluar kereta bersetuju tanpa mengaku bersalah dan untuk mengelak kos pengadilan.
“Pengedar inflator beg udara, Takata yang telah bankrap, mengaku bersalah pada tahun 2017, atas tuduhan penipuan jenayah persekutuan kerana menipu Honda dan pembuat kenderaan lain mengenai keselamatan beg udara.
“Di bawah syarat-syarat penyelesaian sivil ini, Honda tidak mengakui melakukan kesalahan ,” kata kenyataan Honda.
Honda akan terus menerajui inustri dalam usaha menggantikan beg udara Takata tersebut.
Sehingga kini, syarikat terbabit telah menggantikan 16 juta inflator beg udara Takata yang rosak.
Bahkan, Honda cuba menghubungi lebih 292 juta individu pemilik kenderaan untuk menukar beg udara mereka.
- BACA: HONDA DAN MITSUBISHI BELI SEMULA 42K UNIT KERETA KERANA MASALAH BEG UDARA TAKATA
- BACA: HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 23,476 UNIT KENDERAAN, GANTI INFLATOR BEG UDARA TAKATA
- BACA: HONDA CIPTA BEG UDARA LEBIH SELAMAT – MULA GUNA TAHUN DEPAN
- BACA: HONDA MALAYSIA RAYU PEMILIK ACCORD 2003-2007 DATANG TUKAR BEG UDARA