Buletin

INI SEBAB KENAPA HONDA WINNER X TAK MASUK MALAYSIA

Apabila Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda RS150R versi facelift atau V2 ke pasaran tempatan pada 6 Januari lalu, ramai yang marah dan tak puas hati. 

Sebabnya, ramai antara kita sebenarnya menunggu model Winner X seperti yang ditawarkan di Vietnam. Tetapi, alih-alih dapat V2 pula, angin la kawan…

Sedia maklum bahawa pasaran seperti Vietnam dan Indonesia sering mendapat model yang jauh lebih menarik dan cepat diperkenalkan berbanding Malaysia. Antara  sebab utamanya ialah pasaran kedua-dua buah negara itu yang jauh lebih besar dan pastinya Honda perlu memenuhi keperluan mereka dahulu. 

Lebih memburukkan keadaan ialah sikap Boon Siew yang dilihat agak lambat membuat keputusan tentang model apakah yang perlu diperkenalkan kepada peminatnya di sini. 

Berbalik kepada persoalan kenapa model Winner X tidak ditawarkan di Malaysia. Soalan itu diajukan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah BSH, Datuk Wira Tan Hui Jing. 

“Sebelum model ini dibawa masuk, kami sudah membuat kaji selidik dengan pelanggan mengenai dua model tersebut. Hasilnya, majoriti pengguna memilijh model RS150R dan bukannya Winner X. Sebab itulah kami perkenalkan model RS,” jelas Hui Jing. 

Ditanya pula tentang harga Winner X jika dibawa masuk nanti, Hui Jing memberitahu tiada perbezaan harga. Maksudnya, harga Winner X adalah sama dengan RS150R sekarang. 

Itulah penjelasan yang diberikan oleh boss BSH. Tetapi, mungkin ramai yang menggaru kepala dari mana mereka mendapatkan responden kaji selidik berkenaan. Ini kerana kalau diikutkan kepada maklum balas di internet, majoriti mahukan Winner X. 

Konfius jap..   

sumber: Pandulaju.com.my

Google ads
Back to top button