Buletin

HOT WHEELS RWB PORSCHE 911 BUAT PENAMPILAN PERTAMA DI AOS 2018

Pembuat kereta mainan terkenal, Hot Wheels menyambut ulangtahun yang ke-50 tahun ini.

Bagi meraikan sambutan tersebut, ia mengadakan siri jelajah 50 Asia Tenggara Hot Wheels.

Lebih menarik lagi, Malaysia menjadi destinasi pertama apabila model Hot Wheels RWB Porsche 911 dipertontonkan kepada umum pada acara Art of Speed 2018 yang berlangsung sehingga hari ini (Ahad) di Maeps, Serdang, Selangor.

BACA: NISSAN SKYLINE WAGON HAKOSUKA – SASARAN BURUAN PEMINAT HOT WHEELS SELURUH DUNIA TAHUN INI

RWB Porsche 911 berwarna ungu itu didedahkan oleh Pengurus Rekaan Produk Global Hot Wheels, Dmitriy Shakhmatov. Dia turut meluangkan masa untuk  melayani peminat Hot Wheels, menandatangani autograf dan beramah mesra dengan mereka.

Gerai Hot Wheels sememangnya mendapat sambutan hangat kerana pengunjung sanggup beratur panjang dan barisan itu tidak pernah putus hingga ke petang.

Sebenarnya, Hot Wheels ada menganjurkan pertandingan reka bentuk yang meminta pelajar berusia 9 hingga 12 tahun di sekitat Lembah Klang menghantar rekaan masing-masing.

Setiap penyertaan itu diadili sendiri oleh Dmitriy. Dia juga dikejutkan dengan hadiah berupa kolaj 50 penyertaan terbaik daripada peserta.

Anda masih ada masa untuk berkunjung ke Maeps pada hari ini. Jika tidak berkesempatan, jangan bimbang kerana Hot Wheels akan menganjurkan acara larian santai “Made to Race” pada 12 Ogos depan di Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut mengenai Hot Wheels dan info berkaitan sambutan ulangtahun ke-50, sila layari Facebook Hot Wheels atau laman web hotwheels.mattel.com

GALERI

Google ads
Back to top button