INDUSTRI EV CHINA DI THAILAND HADAPI KRISIS, DESAK CAMPUR TANGAN KERAJAAN
Industri kenderaan elektrik (EV) milik China di Thailand kini berhadapan dengan krisis yang serius, di mana pengeluar EV dari China mendesak kerajaan Thailand untuk campur tangan segera bagi menangani isu lebihan kereta tidak terjual.
Situasi ini berlaku kerana syarikat-syarikat tersebut telah terlibat dalam skim insentif kerajaan yang menjanjikan pengecualian cukai dan subsidi.
Namun, akibat permintaan pasaran yang lembap, mereka kini gagal memenuhi kuota pengeluaran telah dipersetujui.
Jika gagal memenuhi syarat-syarat ini, syarikat-syarikat tersebut bakal dikenakan denda besar serta perlu membayar balik subsidi yang telah diterima.
Keputusan penting dijangka dibuat oleh panel kerajaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, di mana pengeluar EV China berharap kerajaan akan melonggarkan syarat-syarat dikenakan.
Menurut Naib Pengerusi Persekutuan Industri Thai (FTI), Surapong Paisitpatanapong, “Sekurang-kurangnya lapan pembuat EV dari China sedang menunggu untuk berbincang dengan kerajaan. Mereka bimbang dengan lebihan bekalan EV dalam pasaran.”
Pada awalnya, mereka dengan penuh keyakinan menyertai skim insentif kerajaan Thailand yang menawarkan pengecualian cukai eksais dan subsidi besar.
Namun, dengan permintaan kenderaan EV yang menurun, pengeluar kini menghadapi risiko denda serta keperluan untuk membayar balik insentif.
Walaupun data menunjukkan peningkatan dalam jualan EV tahun 2024 berbanding tahun 2023, trend jualan pada tahun ini sebenarnya adalah mengecewakan.
Dari Januari hingga Julai 2024, sebanyak 43,411 unit EV telah terjual, tetapi kebanyakan jualan ini berlaku pada bulan Januari sahaja.
Dalam enam bulan berikutnya, hanya 29,758 unit terjual, menunjukkan penurunan sebanyak 12.07 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Dengan situasi ini, industri EV China di Thailand kini memerlukan tindakan segera daripada kerajaan untuk mengelakkan impak yang lebih besar terhadap ekonomi automotif negara.
- BACA: BYD M6 TIBA DI PASARAN MALAYSIA: DUA VARIAN, JARAK GERAK 530KM, HARGA RM109K
- BACA: DARWINPRO JADIKAN HURACAN EVO LEBIH GANAS – SUDAH TENTU DENGAN KOS YANG TINGGI
- BACA: SUBARU WRX NYARIS JATUH GAUNG SELEPAS JATUH DARI FLATBED – KUS SEMANGAT
- BACA: HONDA BIGWING DAMANSARA DIRASMIKAN – TUMPUAN BAHARU DI LEMBAH KLANG