Artikel PilihanMotosikal

“SAYA TAKKAN BIARKAN QUARTATARO CIPTA REKOD PELUMBA TERMUDA MENANG MOTOGP” – MARQUEZ

Marq Marquez percaya beliau terpaksa menghadapi cabaran sengit di MotoGP Jerez dengan tentangan dari Andrea Dovizioso dan juga pasangan Petronas SRT yang menguasai petak depan – Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Marquez tidak mampu menghentikan kemaraan Quartararo yang menjadi pelumba MotoGP paling muda dalam sejarah berada pada posisi grid depan, memadamkan rekod peribadinya.

“Saya rasa Dovizioso berada pada posisi yang bagus, dia akan berada disitu. Dia ada banyak pengalaman dan mampu mengawal situasi yang berbeza, Ujar Marquez.

“Kemudian, saya kena berhadapan dengan Fabio dan Franco. Mereka sudah pasti akan laju tetapi Jerez adalah perlumbaan yang panjang.

“Ia ada 25 pusingan dan sukar untuk kekalkan konsentrasi. Trek di sini pendek dan sempit. Kami akan cuba fokus pada motosikal dan prestasi semasa.

“Buat masa sekarang saya sudah bersedia bertarung untuk kejuaraan ini.

Marquez juga kagum dengan prestasi Quartararo yang berjaya menduduki petak pertama dalam hanya perlumbaan keempat beliau dalam MotoGP. Beliau menjangkakan Quartararo akan menjadi bintang MotoGP pada masa hadapan.

“Bila beliau tiba di Moto3, dia seorang yang berbakat. Saya kenal dia dari kejuaraan Sepanyol, beliau memang pelumba yang bagus,” ujar Marquez.

“Dia dah dapat banyak podium dan kejayaan tapi kejuaraan dunia MotoGP adalah lebih sukar dan istimewa. Bagaimanapun, dia dah buktikannya dengan pecahkan rekod pelumba termuda di pole.

“Esok saya akan cuba hentikan dia untuk catatkan rekod baru dan jadi pelumba MotoGP termuda dalam sejarah memenangi perlumbaan.

“Dia seorang budak yang berbakat, namun sepanjang kariernya, dia telah berubah kepada beberapa pasukan. Sebagai contoh, saya bertuah kerana berada di pasukan yang bagus dan ia lebih mudah. Quartararo pula bertukar pasukan dan beliau masih terlalu muda. Tapi saya percaya dia ada potensi sebab dia dah buktikannya.

“Dia akan jadi pelumba yang pantas pada masa depan. Ia menarik kerana dia menunggang yamaha dengan cara yang berbeza. Ia bukan sebuah motosikal yang mudah kerana dua rakan mereka di pasukan Factory berada pada kedudukan yang jauh dari beliau.

Untuk rekod pasukan factory Yamaha menerusi pelumba utamanya Valentino Rossi bakal bermula di petak 13 dan rakan sepasukannya Vinales di petak ke 5.

Google ads
Back to top button