Motosikal

IMPIAN QUARTARARO BERKECAI DI JEREZ – MASALAH TEKNIKAL JADI PUNCA

Pelumba pasukan satelit  Petronas SRT, Fabio Quartararo yang semalam cemerlang apabila berada di petak pertama  terpaksa menelan kekecewaan apabila jenteranya mengalami masalah teknikal, seterusnya membuatkan beliau terkeluar daripada saingan. 

Menjadi pelumba paling muda berada di kedudukan pertama pada usia 20 tahun, Quartararo dilihat mempunyai peluang terbaik untuk mencatat rekod peribadi dan pasukan Petronas SRT. 

Sebelum ini, pelumba pasukan Repsol Honda, Marq Marquez mengakui bahawa beliau berdepan tugas sukar untuk mengekang kemaraan Quartararo, serta beberapa pelumba lain seperti Andrea Dovizioso (Ducati) dan Franco Morbidelli (Yamaha). 

Quartararo yang konsiten mempertahankan kedudukan teratas sehingga perlumbaan berbaki 12 pusingan bagaimanapun terpaksa akur dengan nasib malang apabila gear jenteranya dikatakanya tersekat.  

Pastinya masalah sebegini sangat mengecewakan, bukan sahaja buat Quartararo, malah buat semua yang ingin melihat pencabar baru mengawal penguasaan Marquez. 

Setakat berita ini ditulis, Marquez mendahului saingan. Beliau diikuti rapat oleh juara perlumbaan MotoGP Austin bulan lalu, Alex Rins daripada pasukan Suzuki Ecstar dan Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha MotoGP). 

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin nampaknya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan jentera KTM dengan berada di kedudukan terakhir (19). 

kredit foto: motogp.com

Google ads
Back to top button