Motosikal

HARLEY-DAVIDSON STREET ROD 750 – LEBIH BERKUASA, SPORTY

Pengeluar motosikal terkenal Amerika Syarikat, Harley-Davidson baru-baru ini menambah rangkaian jentera Street menerusi model ketiganya, Street Rod 750.  

Secara ringkasnya, ia merupakan versi cruiser Street 750 yang lebih sporty bersama gayaan café racer dan flat track. Motosikal itu sebenarnya hasil maklum balas daripada pengguna di pasaran Eropah, di mana model Steert dan Sportster begitu popular di sana.

Street Rod berkongsi kerangka dan tangki yang sama dengan Street 750. Tetapi ia dibezakan menerusi tayar, rim, brek, fork, fender, lampu utama dan fairing baharu. Manakala tangki minyak, posisi tempat duduk dan perehat kaki diposisikan sedikit ke hadapan. Ini bagi memindahkan titik graviti ke depan dan memberikannya tunggangan yang lebih sporty.

Perubahan yang berorientasikan kepada prestasi boleh dilihat dengan ketara. Antaranya termasuklah sepasang brek cakera bersaiz 300mm pada roda hadapan. Enjin High Output Revolution x 750 itu pula ditala semua untuk memberi lapan peratus lebih tork, 65Nm yang boleh dicapai pada 4,000rpm.

Enjin penyejukan cecair SOHC 8V 60º V-twin itu juga menghasilkan 20 lebih kuasa iaitu 68.4hp pada 8,750rpm berbanding versi Street Rod biasa. Street Rod mempunyai berat 238kg, 5kg lebih berat daripada Street.

Instrumentasi Street Rod terdiri daripada paparan bersaiz 3.5 inci yang memaparkan speedometer elektronik. Maklumat lain yang turut disediakan ialah lampu tinggi, neutral, tekanan minyak rendah, isyarat membelok, diagnostik enjin, amaran takat minyak dan banyak lagi.

Jentera itu didatangkan dalam tiga warna iaitu Charcoal Denim, Olive Gold dan Vivid Black. Street Rod ditawarkan pada harga $8,699 (RM38,700) untuk Vivid Black, serta $8,994 (RM40,000) bagi Olive Gold dan Charcoal Denim.

Ia akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat bulan ini.

BACA: HARLEY-DAVIDSON OLSKOOL – RUDY & HARLEY SHOVELHEAD

BACA: MASA DEPAN HARLEY SEMAKIN KELAM? 

GALERI

Google ads
Back to top button