Buletin

KEJAR ‘BULAN GERGASI’ ATAS JALAN RAYA. SIAPA JANJI BINI NAK BAGI BULAN NI?

Setiap tahun, negara-negara Asia Timur menyambut sambutan Festival Bulan Mid-Autumn bertepatan dengan bulan mengambang penuh pada bulan September.

Pelbagai dekorasi menarik digunakan untuk memeriahkan sambutan festival termasuk belon ‘bulan gergasi ’.

Bagaimanapun, pada Isnin lalu, sesuatu tidak diduga berlaku pada sambutan tersebut di wilayah Henan, China apabila salah satu daripada belon ‘bulan gergasi’ berjaya meloloskan diri dan bergolek di atas jalan raya.

Senario tersebut, menyebabkan para pekerja pada festival itu mula panik mengejar ‘bulan gergasi’ yang melarikan diri berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berjaya ataupun tidak ‘menangkap’ semula belon gergasi teraebut.

Biarpun, ia agak pelik tetapi perkara yang sama pernah terjadi di Fuzhou, wilayah Fujian pada tahun 2016.

Belon tersebut ditiup angin ribut taufan yang kuat pada tahun sehingga menyebabkan kekecohan di jalan raya malah berlaku kemalangan. – MetroUK

Google ads
Back to top button