
TRIUMPH TIGER SPORT DIDEDAHKAN
Triumph memperkenalkan model touringnya Tiger Sport. Versi peningkatan 2016 itu menerima enjin 1050cc tiga sebaris yang terkini. Enjin itu turut digunakan pada Speed Triple 2016.
Triumph memberitahu enjin baharu berkenaan menawarkan kuasa tork lebih baik dan kecekapan bahan api. Sama seperti Speed Triple, Tiger Sport turut didatangkan dengan ciri ride by wire, mod tunggangan, traction control pelbagai peringkat, ABS dan slip-assist clutch . Tidak ketinggalan ciri cruise control.
Bahagian ekzos juga menerima kemas kini. Beberapa perubahan perincian yang lain termasuk pemijak kaki yang lebih mencengkam dan cermin penghalang angin boleh laras dengan filem penebat haba serta cermin sisi baharu.
Tiger Sport 2016 didatangkan dengan skim warna hitam dan perak.









