Buletin

HYUNDAI EXPERIENCE CAR FEST 2014

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan menganjurkan acara Hyundai Experience Car Fest 2014 buat pertama kalinya mulai hari ini hingga Ahad bertempat di Stadium Bukit Jalil.

Hyundai-Experience-Car-Fest-2014-mekanika  (2)

Acara yang diisi dengan pelbagai aktiviti keluarga ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. Bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 6.30 petang, ia menawarkan banyak kursus memandu seperti pemanduan selamat, trek 4×4 yang mencabar dan pandu uji model-model popular Hyundai. Kanak-kanak pula boleh berseronok di satu sudut yang disediakan khas untuk mereka.

Kursus pemanduan itu dilakukan untuk menunjukkan kelincahan, dinamik pengendalian dan ciri-ciri keselamatan termaju yang ada pada kenderaan Hyundai. Para peserta boleh melakukan ujian prestasi seperti mengelak halangan, membrek, slalom dan teknik mengendalikan stereng.

Hyundai-Experience-Car-Fest-2014-mekanika  (1)

“Hyundai Experience Car Fest 2014 merupakan satu peluang terbaik untuk orang ramai mengetahui dengan lebih lanjut mengenai model Hyundai dan kemampuannya. Melalui acara ini, kami ingin membuatkan sesi pandu uji lebih menyeronokkan buat semua peserta,” kata Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun.

Jika berminat, anda digalakkan supaya mendaftar dengan menghubungi Customer Careline di talian 1-300-13-2000 atau layari laman Facebook Hyundai Malaysia untuk maklumat lanjut.

Hyundai Experience Car Fest juga akan dilaksanakan di Jalan Desa Tebrau, Taman Tebrau di Johor Bahru pada 17 hingga 19 Oktober 2014.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button