
HYUNDAI JUAL 3.94 JUTA KERETA TAHUN 2022, SASAR 4 JUTA UNIT TAHUN 2023
Hyundai kini antara pengeluar automotif yang terbesar di dunia yang sedang mengejar rapat di belakang jenama gergasi Toyota dan Volkswagen.
Pada tahun lepas, jenama Hyundai (tidak termasuk Kia dan Genesis) telah berjaya menjual sebanyak 3,942,925 juta unit kenderaan dengan peningkatan sebanyak 1.3 peratus berbanding tempoh sama tahun 2021.
Prestasi pada suku keempat juga sangat memberangsangkan, di mana 1.4 juta kenderaan telah dihantar kepada pelanggan, atau peningkatan sebanyak 8.1 peratus.
Untuk tahun ini, Hyundai meletakkan sasaran untuk menjual lebih 4.32 juta kenderaan dengan pelancaran model baharu seperti Kona EV, Santa Fe dan Ioniq 5 N.
Hyundai juga akan melabur sejumlah 10.5 trillion won (RM35.98 bilion) yang akan dibahagikan kepada beberapa perkara seperti perbelanjaan modal, penyelidikan dan pembangunan, serta pelaburan strategik.
Menurut Hyundai lagi, masalah kekurangan bekalan masih lagi menjadi satu kebimbangan, tidak dilupakan kadar inflasi dan turun naik kadar faedah.









