Buletin

HYUNDAI N VISION 74 – BUKAN MESIN MASA, TAPI JENTERA DRIFT 670 HP/900 NM!

Selain daripada Hyundai RN22e, sebuah lagi ‘makmal bergerak’ yang diperlihatkan oleh Hyundai adalah N Vision 74.

N Vision 74 diinspirasikan daripada model Hyundai Pony Coupe 1974 yang dihasilkan oleh pereka lagenda Giorgetto Giugiaro di mana model 70-an itu sebenarnya tidak langsung sempat diproduksikan.

Menerusi model N Vision 74, Hyundai menggandingkan elemen rekaan retro ke dalam satu model yang serba futuristik, dengan teknologi termaju yang diharap mampu direalisasikan menjadi kenyataan.

Tidak seperti RN22e yang merupakan sebuah EV tulen, N Vision 74 merupakan sebuah jentera drift berkuasa elektrik yang dipadankan dengan teknologi sel bahan api hidrogen.

Terima kasih kepada tetapan tersebut, kereta ini mampu mendapat manfaat daripada kecekapan sistem penyejukan yang cemerlang, selain menawarkan dua tetapan pemanduan yang berbeza mengikut keperluan – seperti contoh kegunaan drift.

Menurut Hyundai, N Vision 74 mempunyai tangki bahan api hidrogen yang boleh diisi penuh dalam tempoh lima minit, dan pek bateri 62.4 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 600 km.

Trenkuasa motor elektrik pula mampu menjana angka setinggi 670 hp dan 900 Nm, dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j.

Google ads
Back to top button