IAM-MIME 2023 PAMER 300 PILIHAN KERETA MODIFIKASI – BERMULA HARI INI SEHINGGA 29 OKTOBER DI MITEC
Bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), hari ini sehingga 29 Oktober berlangsungnya acara International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023.
Acara berkenaan mempamerkan hampir 300 pilihan kereta modifikasi kepada peminat selain, mempamerkan kereta baharu, kenderaan elektrik serta 4X4.
Selain itu, turut menanti adalah hampir 100 anugerah untuk kategori utama seperti Distinctive Awards, Style Awards, Car Audio Awards, Performance Awards, Disctinctive Build Awards, Type Awards, Manufacturer Awards, Car Club Awards, dan Region Awards.
Anugerah lain ditawarkan termasuklah Best Interior, Wildest Wide Body, Killer Kolour, Best JDM Modified, Best Modified Retro, Best Contemporary Classic. Best Truck, Hottest Engine Bay, Best City Car, Best Compact Car, Best Roadster serta Best European, Asian, American and Malaysian Modified Car.
Kembali untuk mempertahankan gelarannya sebagai The King of International Automodified, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan Nissan Silvia S15 dengan gentian karbon yang dikuasakan oleh enjin Toyota 2JZ enam silinder sebaris, menjana 1,000bhp.
Tarikan lain IAM-MIME 2023 pastinya terarah kepada pameran Kenderaan elektrik di mana ia menyediakan uji pandu kenderaan elektrik kepada bakal pembeli.
Tiket kini boleh dibeli di https://ticket.malaysiamotorexpo.com/ atau di http://t2u.asia/e/31710?sec=36057 dan juga boleh didapati semasa acara berlangsung pada harga RM30.
Kemasukan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (mesti diawasi oleh sekurang-kurangnya 1 orang dewasa) adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.internationalautomodified.com dan www.malaysiamotorexpo.com.
- BACA: HYUNDAI SANTA FE TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN, BAKAL DILANCARKAN TAK LAMA LAGI
- BACA: ALKISAH SI WHOOSH – KERETAPI LAJU JAKARTA-BANDUNG
- BACA: PERODUA CATAT 233,227 PENDAFTARAN DALAM TEMPOH 9 BULAN, BEZZA PALING LARIS
- BACA: HONDA X CONVERSE TAWAR KASUT EDISI KHAS DI JEPUN, HARGA RM456 – SMART BOH!