Artikel Pilihan

ASTON MARTIN VANTAGE F1 EDITION – KERETA UNTUK JOHNNY ENGLISH KE NI?

Sejajar dengan kembalinya berita jenama Aston Martin ke kancah F1, pengeluar dari Britiain ini memperkenalkan kereta sport, Aston Martin Vantage F1 Edition. Pengenalan model yang cukup ikonik, Vantage ini turut mendapat sentuhan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin yang baharu dilantik, Tobias Moers.

Model Aston Martin Vantage F1 Edition ini tidaklah dihasilkan berdasarkan kosmetik atau pun pelekat logo F1 di belakang bonet semata – mata, tetapi penghasilannya adalah sebagai tanda aras yang baharu bagi sebuah model Vantage sedia ada. Ianya tidaklah dihasilkan semata – mata dek kerana penglibatan semula Aston Martin dalam sukan F1 atau pun bersempena dengan pemilihan model Aston Martin ini sebagai Safety Car yang baharu, akan tetapi model yang baharu ini adalah merupakan sebuah kejuruteraan yang padu dan jitu dari segi prestasi dan dinamik sebuah Vantage. Ini adalah model Vantage yang paling laju.

Untuk menjadi sebuah model F1 Safety Car, sudah tentu kelajuan menjadi bahan resepi utama. Dan itulah yang menjadi taruhan utama kepada model Vantage F1 Edition ini. Malah bukan setakat sahaja laju yang mana menjadi ciri penting untuk membuat masa catatan lebih pendek dalam setiap lap, model ini mendapat manfaat daripada hasil kejuruteraan meliputi casis dan aerodinamik yang lebih baik berbanding model Vantage sedia ada.

Trenkuasa model ini diserahkan kepada enjin 4.0 liter turbo berkembar V8, yang mana memberikan 25 PS lebih kuasa menjadikan kuasa keseluruhan 535 PS. Cuma tork sahaja masih sama, 685 Nm tetapi kemuncak kelajuannya berpanjangan, menjadikan ianya lebih jitu dari segi pemanduan. Enjin yang cukup berkuasa ini dipadankan pula dengan kotak gear auto lapan kelajuan.

Beralih kepada bahagian casis, Jurutera telah menumpukan kepada sistem ampaian dan juga sistem pengemudian, meliputi kerja – kerja pengubahsuaian bagi meningkatkan kejituan struktur bahagian hadapan. Manakala peredam dalaman juga telah dibina semula bagi meningkatkan julat daya yang lebih efektif. Penghasilan semula kerja – kerja ini membolehkan daya kawal kenderaan yang lebih baik terutamanya di kelajuan yang laju.

Rupa luaran juga sebenarnya turut diberikan perhatian oleh Aston Martin ini, di mana penggunaan rim bersaiz 21 inci bersama tayar berprestasi tinggi, Pirelli telah digunakan. Barulah nampak laju dan garang. Dan paling ketara, sudah tentulah penggunaan penyidai ampaian baju di bahagian belakang. GT Wing yang dipasang ini bukanlah kosmetik semata seperti mana yang dipasang pada Myvi ya. Sudah tentu ianya berupaya memberikan downforce yang diperlukan sewaktu memecut laju.

Model yang pasti menjadi rebutan ini dijual pada harga £142,000 (RM810,939) dengan penghantaran pertama dijangka pada bulan Mei 2021 nanti.

BACA : ASTON MARTIN V8 VANTAGE MUNCUL DALAM JOHNNY ENGLISH TERBAHARU

BACA : ASTON MARTIN KEMBALI SEMULA KE F1 DENGAN BERGAYA

Google ads

B K

Back to top button