Buletin

HYUNDAI TUTUP UNIT R&D ENJIN – LAPORAN

Enjin pembakaran dalaman semakin hari semakin menghampiri penghujung usia, dan Hyundai dilaporkan mengambil langkah dengan menutup terus unit pembangunan bagi enjin pembakaran dalaman.

Menurut laporan daripada Business Korea, mereka mendakwa Hyundai Motor Group menutup terus jabatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan enjin yang terletak di Namyang Research Institute, Korea Selatan.

Malah, unit trenkuasa kumpulan tersebut telah distrukturkan semula menjadi pasukan pembangunan trenkuasa elektrik, dan juga bateri.

Berita tersebut disokong oleh satu lagi laporan daripada The Korea Economic Daily yang memetik emel ketua unit R&D baharu Hyundai, Chung-Kook Park kepada kakitangannya yang berbunyi: “Pembangunan enjin kita merupakan satu kejayaan yang besar, namun kita harus mengubah sistem untuk mencipta inovasi masa depan berdasarkan aset cemerlang dari masa lalu.”

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Hyundai berhubung isu yang diutarakan.

Sumber: Business Korea, The Korea Economic Daily

Google ads
Back to top button