
IKLAN PILIHAN: 𝐀𝐔𝐃𝐈 𝐑𝐒𝟑 𝟖𝐕 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐋𝐈𝐅𝐓 𝟐𝟎𝟏𝟖, 500 KUASA KUDA DALAM TANGAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat sebuah jentera padu di dalam Showroom saya yang ingin dilepaskan kepada pemilik baru.
Jentera yang dimaksudkan ialah sebuah 𝐀𝐔𝐃𝐈 𝐑𝐒𝟑 𝟖𝐕 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐋𝐈𝐅𝐓 keluaran tahun 2018. Apabila bercerita tentang Audi, varian RS merupakan varian tertinggi di dalam hierarki sesuatu model itu. Seperti yang anda lihat ini, Audi RS3 merupakan varian tertinggi diatas Audi S3 dan juga A3.
Sekarang kita selusuri sedikit spesifikasi jentera ini.
- Japan Spec
- Crystal Black Two Tone
- EA255 DAZA 5-Cylinder Inline 2,480cc(2.5L)
- 7-Speed DQ500 Dual Clutch Transmission
- QUATTRO
- Kerb Weight – 1,510kg
- Black Nappa Leather With Red Cross Stitch
- Lumbar Support
- PANORAMIC ROOF
- Audi Virtual Cockpit
- 750W Bang & Olufsen Premium Sound System
- Reverse Assist Camera
- Audi Drive Select
- Audi MMI
- Apple CarPlay
- Cruise Control
- Park Distance Control
- Matrix LED Headlights
- 19-Inch Audi Sport 5 Spoke Wheels
- Leather/Microfibre Steering Wheel
- Multifunction Flat Bottom Steering Wheel
- Dual Zone Climate Control
Sekarang kita pergi lebih dalam.

Enjin EA255 DAZA 5-Cylinder Inline bersesaran 2,480cc(2.5L) ini mampu menghamburkan kuasa sekuat 395hp dan daya kilas sekuat 480Nm. Sudah cukup kuat Tuan-Tuan untuk membuatkan jentera ini memecut dari 0-100km/h secepat 4.1 saat. Kelajuan tertinggi pula adalah 280km/h.
Namun begitu, pemilik berasakan bahawa enjin ini mempunyai potensi untuk dinaiktaraf. Oleh yang demikian, pemilik memutuskan untuk melakukan sedikit modifikasi dengan memasang komponen seperti berikut :-
- 𝟎𝟑𝟒 𝐌𝐨𝐭𝐨𝐫𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐂𝐚𝐫𝐛𝐨𝐧 𝐂𝐨𝐥𝐝 𝐀𝐢𝐫 𝐈𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞
- 𝟎𝟑𝟒 𝐌𝐨𝐭𝐨𝐫𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐂𝐚𝐫𝐛𝐨𝐧 𝐄𝐧𝐠𝐢𝐧𝐞 𝐂𝐨𝐯𝐞𝐫
- 𝐈𝐑𝐎𝐙 𝐂𝐚𝐭𝐥𝐞𝐬𝐬 𝐃𝐨𝐰𝐧𝐩𝐢𝐩𝐞
Apabila komponen ini dipasang, proses “Tuning” perlu dilakukan bagi memastikan kadar campuran udara dan bahanapi (AFR) berada pada tahap optimum. Proses “Tuning” ini juga dilakukan untuk memastikan enjin ini mampu mengekstrak potensi sebenar.
Pemilik memilih 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐑𝐎𝐍𝐈𝐂 bagi melaksanakan tanggungjawab menala enjin dan juga sistem transmisi jentera ini. Ye Tuan- Tuan, ECU dan TCU sekali Tuan-Tuan.
Hasilnya ?
Cukup lah saya katakan hampir 500hp. Kuat sangat dah ni Tuan-Tuan. Tak percaya ? Datang dan rasai sendiri kekuatannya.
Kuasa yang kuat ini tidak mudah dikawal walaupun jentera ini dilengkapi dengan sistem QUATTRO. Oleh itu, pemilik memilih untuk menggantikan spring asal kepada “Sport Spring” dari 𝟎𝟑𝟒 𝐌𝐨𝐭𝐨𝐫𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭. Modifikasi ini menjadikan titik graviti jentera ini lebih rendah sekaligus menjadikan ia lebih stabil ketika kelajuan tinggi.
Dah laju boleh berhenti ke ?
Jangan risau. Sistem brek asal jentera ini menggunakan sistem angkup brek 8-Piston bersama rotor bersaiz 370mm pada bahagian hadapan. Cukup untuk memperlahankan dan menghentikan jentera ini dengan cemerlang !

Aspek kosmetik juga tidak dilupakan dimana pemilik memasang kit badan dari jenama 𝐌𝐀𝐗𝐓𝐎𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐈𝐆𝐍 𝐔𝐊 merangkumi :-
- 𝐅𝐫𝐨𝐧𝐭 𝐒𝐩𝐥𝐢𝐭𝐭𝐞𝐫
- 𝐒𝐢𝐝𝐞 𝐒𝐤𝐢𝐫𝐭 𝐒𝐩𝐥𝐢𝐭𝐭𝐞𝐫
- 𝐑𝐞𝐚𝐫 𝐕𝐚𝐥𝐚𝐧𝐜𝐞
Cantik Tuan-Tuan. Dalam gambar dah cantik. Bila dekat terus jatuh cinta.
Semua modifikasi diatas menelan kos kira-kira RM35,000. Lebih kurang 10% dari harga jentera ini.
Habis cerita tentang jentera, sekarang kita cerita tentang kelayakan.
Untuk jentera seperti ini, kebiasannya pihak bank akan memberi “Margin Of Finance” sehingga 80%. Itupun bergantung kepada portfolio pemohon.
Oleh itu, dengan nilai RM378,000 tidak termasuk cukai jalan dan insurans, deposit yang perlu dikeluarkan adalah sekitar RM70,000 sahaja dan mungkin lebih tinggi.
Nilai cukai jalan pula adalah RM860 untuk pemilikan persendirian dan RM2,200 untuk pemilikan syarikat (𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀).

Nilai insurans bergantung kepada NCD pemohon dan juga “Special Perils” dan “Extra Coverage” yang diminta oleh pemohon.
Nilai “Interest Rate” bagi kenderaan terpakai berada dalam lingkungan 3%-4% bergantung kepada berapa lama tempoh pembiayaan yang diberi oleh bank. Kebiasaannya 5 hingga 7 tahun.
Untuk memudahkan anda, anggaran kira-kira adalah seperti berikut :-
Body Price – RM378,000
Processing Fee – RM2,000
Roadtax – RM860
Insurance(0% NCD) – RM10,800
Total – RM391,660
Downpayment – RM100,000
Loan – RM291,660
Interest Rate – 3.5%
5 Years – RM5,830
7 Years – RM4,412
9 Years – RM3,625
Mungkin ada yang kata mahal atau sebaliknya. Namun begitu, jika dinilai kondisi jentera ini beserta modifikasi yang kemas dan teratur, harga yang ditawarkan adalah munasabah.

Ditambah lagi, jentera ini diimport dari Jepun dan saya jamin bahagian “Undercarriage” ini bebas dari karat. Bersih umpama baru Tuan-Tuan. Dengan senang hati saya boleh naikkan jentera ini di atas “Hoist” dan tunjukkan kepada anda.
Alhamdulillah. Sampai disini sahaja penerangan tentang jentera padu ini. Sekiranya berminat, anda boleh hubungi saya di :-
𝟎𝟏𝟐-𝟕𝟖𝟕 𝟗𝟓𝟗𝟑 – 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐘𝐚𝐳𝐢𝐝
Kalau segan nak Call, boleh WhatsApp saya di :-
WhatsApp Link – http://www.wasap.my/60127879593
Lokasi Showroom saya berada di :-
𝐏𝐓𝟕𝟗𝟓𝟒, 𝐁𝐓 𝟑, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠, 𝟐𝟓𝟏𝟓𝟎 𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧, 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫
Sekian, Terima Kasih
Yang Menulis,
𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐘𝐀𝐙𝐈𝐃
𝟎𝟏𝟐-𝟕𝟖𝟕 𝟗𝟓𝟗𝟑
𝐃𝐂 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃