Artikel Pilihan

APA YANG PERLU DISERVIS KALAU ANDA MEMILIKI VOLVO XC40 RECHARGE?

Sewakt memandu uji Volvo XC40 Recharge P8 AWD elektrik sepenuhnya baru-baru ini, penulis perasan yang odometer kereta elektrik ini adalagh sekitar 6000km sahaja. Sewaktu meneliti beberapa perincian dalam paparan meter XC40 Recharge, penulis ada perasan yang servis seterusnya adalah pada 30,000km.

Ini bermakna XC40 Recharge perlu dipandu sejauh 24,000km lagi sebelum perlu melakukan servis pertama. Apabila perkara ini dirujuk pada wakil Volvo, mereka mengesahkan bahawa XC40 Recharge perlu diservis pada setiap 12 bulan sekali atau 30,000km yang mana sampau dahulu

Jadi pada setiap 30,000km Volvo XC40 Recharge akan menjalani servis seperti berikut:

1. Periksa signal bunyi hon

2. Cecair pencuci cermin, lampu depan dan bilah pengilap cermin depan akan diperiksa sekiranya terdapat kehausan. Ia akan diganti jika diperlukan

3. Tali pinggang keledar- akan diperiksa dari aspek fungsi dan jika terdapat kehausan

4. Mekanik juga akan melakukan pemeriksaan menyeluruh pada tayar dan juga rim termasuk memeriksa tekanan angin tayar. Jika tayar mulai haus, mekanik akan menasihati pemilik agar menukar tayar Pirelli PZero Elect yang baru.

5. Mekanik juga akan memeriksa keadaan pelapik brek, rotor brek, hos brek, sambungan hos dan juga CV join secara visual bagi mencari kerosakan. XC40 Recharge menggunakan brek regeneratif, jadi kadar kehausan pelapik brek adalah minima.

6. Servis ini juga merangkumi pemeriksaan cecair brek termasuk meneliti jika ia memerlukan penggantian. Cecair penyejuk sistem bateri juga akan turut diperiksa oleh mekanik

7. Ketika servis juga, sistem pengawasan tekanan angin tayar (TPMS) juga akan diset semula dan dikalibrasi bagi memastikan ia dapat memberikan amaran dengan tepat.\

8. Unit penyaman udara juga akan diperiksa termasuk menukar penapis penyaman udara (cabin filter)

9. Bagi memastikan sistem kamera untuk amaran kemalangan, mekanik akan mencuci bahagian dalam cermin depan berhadapan dengan kamera bagi memastikan tiada habuk yang akan mengganggu operasi kamera

SOP di atas kami perolehi daripada wakil Volvo tapi malangnya kami terlupa untuk bertanyakan berapakah kos yang perlu dibayar bagi servis di atas. Rasanya murah saja kot sebab mana ada minyak hitam yang kena tukar.

Google ads
Back to top button