Buletin

INDIA CADANG TUKAR BUNYI HON. NAK GUNA BUNYI INSTRUMEN MUZIK

Menteri Pengangkutan India mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang yang akan menggantikan bunyi hon kenderaan di negara itu kepada bunyi instrumen muzik.

Nitin Gadkari berkata, pihaknya ketika ini sedang meneliti cadangan tersebut.

Saya sedang mengkaji perkara ini dan bercadang untuk menggubal undang-undang yang membolehkan bunyi hon semua jenis kenderaan diubah kepada instrumen muzikal India agar lebih sedap didengar,” katanya.

Katanya, bunyi hon kenderaan itu boleh digantikan dengan bunyi peralatan muzik seperti seruling, tabla, biola atau harmonium.

Jelas Nitin, beliau mahu menggantikan bunyi siren `menjengkelkan’ yang digunakan ambulans dan kenderaan polis dengan bunyi yang lebih menyenangkan.

India mempunyai beberapa bandar paling bising di dunia dengan jalan raya sesak dipenuhi pengangkutan seperti beca, bas, teksi, motosikal dan kereta hampir setiap masa.

Hon kenderaan dianggap sama penting seperti pemecut dan digunakan secara kerap oleh pemandu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain mengenai kehadiran mereka. –cartoq/UTUSAN

Google ads
Back to top button