Artikel Pilihan

INI SENARAI BUNYI ENJIN YANG BEST. DARI 3 SILINDER HINGGA 6 SILINDER

Dengan kemunculan banyak trenkuasa elektrik pada mas kini dan akan datang, kita akan kehilangan satu perkara yang membuatkan kita teringat apabila memandu kereta enjin petrol dan diesel. Kereta dengan enjin pembakaran dalam menghasilkan bunyi, getaran, dan juga perangainya yang tersendiri apabila dipandu.

Tambahan pula, sesetengah pengeluar menghasilkan bunyi yang sangat sedap terus dari kilang tanpa melibatkan modifikasi. Kami senaraikan di sini bunyi enjin yang sedap yang dihasilkan secara original dari pengeluar.

1. Enjin 3 Silinder – Kebanyakan enjin 3 silinder sebenarnya dihasilkan untuk ekonomi dan bukan perlumbaan. Kecuali bila kita sebut enjin 3 silinder Toyota GR Yaris dan juga Ford Fiesta ST. Berbeza dengan GR Yaris, Ford Fiesta ST menggunakan enjin 1500cc 3 silinder EcoBoost

Ia menjana sekitar 197 kuasa kuda dan 290Nm tork, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan dan juga Limited Slip Differential. Ekzos original Fiesta menghasilkan bunyi “pop & bangs” yang terhasil apabila sistem anti-lag turbo diaktifkan. BMW i8 diketepikan kerana bunyi ekzos diperkuatkan dengan pembesar suara pada ekzos.

2. Enjin 4 Silinder – ada banyak pilihan bagi enjin 4 silinder ini dari jenama Continental dan juga Jepun. Namun antara enjin yang sedap didengar bagi kategori Normal Aspirated ialah enjin F20C atau F22C yang digunakan oleh Honda S2000. Dengan mekanisme Vtec dan juga boleh diperah sehingga 9000RPM, bunyi enjin ini memang stim

Macam bunyi lebah mengawan. Bagi kategori turbo, kami suka dengar enjin boxer yang digunakan oleh Subaru WRX. Bunyi yang dihasilkan adalah original disebabkan panjang paip ekzos adalah tidak sama menghasilkan “deep burble” dan juga turbo memang sedap didengar.

3. Enjin 5 Silinder -setakat ini, hanya 2 pengeluar sahaja yang berani buat enjin 5 silinder. Volvo yang berasal dari Sweeden dan juga Audi dari Jerman. Volvo 850 R menggunakan enjin 2300cc turbo 5 silinder sebaris yang menghasilkan 250 kuasa kuda dan 350Nm tork. Walaupun wagon, tapi jangan pandang rendah ya.

Audi pula menghasilkan enjin 5 silinder untuk digunakan pada Audi RS3 dan model terbaru menghasilkan 400 kuasa kuda dan 480Nm tork. Halaju kereta ini dihadkan secara elektronik pada 280km/j. Enjin ini menghasilkan bunyi “bangs & pop” yang sedap didengar ketika memecut

4. Enjin 6 Silinder – enjin 6 silinder sebenarnya sangat unik disebabkan imbangan enjin yang sangat bagus. Pergerakan piston ketika naik, turun dan ketika berubaha halaju serta arah pada semua piston memang menghasilkan bunyi enjin yang lancar dan padu

Banyak pengeluar memilih enjin 6 silinder sebaris berbanding V6 sebab ia lebih lancar, rekaan lebih ringkas dan tak rumit kalau nak tambah turbo. BMW M3 E46 dengan enjin S54, Toyota Supra MkIV dengan enjin 2JZ, dan Nissan Skyline GTR dengan enjin RB26DETT adalah antara model yang menggunakan enjin 6 silinder sebaris.

Bagi kategori enjin V6, Honda NSX yang menggunakan enjin C30A VTEC DOHC serta Alfa Romeo GTV yang menggunakan enjin V6 Busso adalah antara enjin yang menghasilkan bunyi yang sedap. Enjin C30A ini menghasilkan 270 kuasa kuda pada 7300 RPM dengan bantuan VTEC dan VVIS bagi membolehkan enjin bernafas pada RPM tinggi

Enjin Alfa Rome V6 pula dihasilkan oleh Giuseppe Busso pada tahun 1970an dengan susunan 60 darjah dengan sesaran 2500cc, 3000cc dan 3500cc serta 24 injap DOHC. Enjin ini pernah memenangi anugerah Internation Engine of The Year pada tahun 2000 juga dikenali sebagai Busso Engine memiliki bunyi yang sedap

Google ads
Back to top button