Buletin

INDIGO PERKENAL EV FLOW DAN FLOW PLUS. TEMPAT DUDUK PEMANDU KAT TENGAH

Indigo memperkenalkan dua kenderaan elektrik (EV) dikenali sebagai Flow dan Flow Plus pada Consumer Electronics Show (CES).

Model terbaharu itu menampilkan rekaan luas dan mampu milik dibangunkan untuk pasaran penghantaran dan perkongsian penumpang.

Begitupun, syarikat terbabit tidak mendedahkan secara terperinci mengenai model baharu berkenaan.

Kedua-dua EV itu memiliki rekaan serupa tetapi memiliki ciri-ciri berlainan.

Salah satu daripadanya adalah untuk penghantaran manakala satu lagi pengangkutan penumpang.

Model penumpang dilengkapi tingkap belakang dan bumbung panoramik kaca yang luas.

EV terbaharu tersebut turut didatangkan pintu gelangsar yang besar, cermin sisi digital dan lampu hadapan dengan rekaan moden.

Selain itu, bahagian badan dipadankan cladding plastik dan lampu brek penuh yang lebar.

Ruang kabin pula, hadir dengan tempat duduk pemandu di bahagian tengah, instrumen digital terkini, ruang storan yang banyak, stereng tiga jejari dan pengecas pintar tanpa wayar.

Ia mendapat khidmat pek bateri 40 kWh yang mampu mencecah jarak perjananan sejauh 402 km pada sekali cas dan dilengkapi tayar robotik.

Flow mampu menjana kuasa 30 hp dan tork 250 Nm.

CEO Indigo, Will Graylin menjelaskan tanpa transmisi dan motor membenarkan Indigo Flow memiliki ruang lantai rendah dan mendatar sekali gus menambah ruang kargo berbanding kenderaan saiz sama.

“Suspensi aktif pada setiap tayar memberi keselesaan pemanduan pada harga mampu milik,” katanya. –carscoops

Google ads
Back to top button