Artikel Pilihan

SYARIKAT TAMBANG MURAH INDIGO LANCAR KEMPEN “INDIA CALLING”

IndiGo, melancarkan kempen jenama bersepadu baharunya “India Calling” bagi menarik kedatangan pelancong antarabangsa ke India dari Malaysia.

Ketua Pegawai Komersialnya William Boulter berkata kempen itu yang bermula di Malaysia bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai India sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Selain mempromosikan pelancongan dan perdagangan antara kedua-dua negara menerusi peningkatan mobiliti.

“Penerbangan terus IndiGo ke Kuala Lumpur dan rangkaian menyeluruhnya dalam India akan membantu pelancong melakukan perjalanan dan meneroka ke merata-rata tempat di negara itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan tambang murah itu menawarkan tiga penerbangan harian tanpa henti antara India dan Malaysia, menghubungkan ke 60 destinasi domestik seperti Agra, Jaipur, Jammu, Kolkata, Gaya, Kochi, Aurangabad dan Ahmedabad.

“Tambang IndiGo bermula serendah RM635 dari Kuala Lumpur ke Chennai bagi pelanggan yang menempah tiket mereka menerusi laman web dan aplikasi mudah alih,” katanya.  

sumber – BERNAMA

Google ads
Back to top button