TESLA MODEL 3 CATAT JUALAN EV TERTINGGI DI EROPAH. TAPAU ABIS JENAMA LAIN
Tesla Model 3 bakal dinobatkan sebagai kenderaan elektrik (EV) mencatatkan jualan terbaik di Eropah pada tahun 2021.
Melalui data Jato Dynamics, sebanyak 113,397 unit Model 3 telah dijual di benua terbabit sehingga penghujung bulan November tahun ini.
Ia mencatatkan peningkatan 84 peratus berbanding tahun lalu sekali gus memastikan Tesla Model 3 jauh meninggalkan pesaing terdekat VW ID.3 dengan jualan 63,109 unit.
Model 3 terbukti sangat popular di Eropah pada tahun ini malah menjadi kenderaan paling laris secara keseluruhan di benua berkenaan September lalu.
Kemungkinan besar, Tesla akan menamatkan tahun ini dengan meraih sebanyak dua peratus pasaran secara keseluruhan di Barat Eropah.
Ia merupakan peningkatan sebanyak dua kali ganda pasaran saham 2020 daripada 0.9 peratus dan mendahului pesaing utama Jaguar Land Rover. –carscoops